Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

5) WIFI SELANGORKU

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan boleh membantu pemasangan wifi di Sekolah Vokasional Sg Buloh?

    Kerajaan Negeri sedia membantu untuk pemasangan kemudahan WiFi Smart Selangor di Sekolah Vokasional Sungai Buloh. Walau bagaimanapun, pihak sekolah perlu memberi persetujuan bertulis kepada penyelaras projek WiFi Smart Selangor iaitu pihak SMARTSEL, anak syarikat MBI, untuk memohon pemasangan WiFi Smart Selangor di sekolah tersebut. Pemasangan pula adalah tertakluk kepada kemudahan infrastruktur jaringan teras di kawasan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.