Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

164) WIFI SELANGORKU

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan lokasi Wifi Selangorku yang telah dipasang dan beroperasi dengan baik di Hulu Selangor

    Melalui peruntukkan Geran Selangorku, Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan 112 lokasi perkhidmatan WiFi di seluruh Negeri Selangor untuk rakyat negeri Selangor meliputi kawasan bandar dan luar

     

    Setiap DUN diperuntukkan sebanyak 2 lokasi. Bagi mengenal pasti kawasan- kawasan terpilih, setiap DUN telah diminta untuk mengemukakan cadangan kepada STANDCO Sains, Teknologi dan Inovasi bagi memastikan semua mendapat kemudahan ini.

     

    Lokasi WiFi Selangorku yang telah dipasang dan beroperasi dengan baik di daerah Hulu Selangor dan di bawah pemantauan Majlis Daerah Hulu Selangor adalah seperti di bawah:

     

    BIL LOKASI DUN
    1 Dewan Orang Ramai Sungai Selisik, Kg. Sekolah Sungai Selisik, 44020 Kuala Kubu Bharu N05 – Hulu Bernam
    2 Balairaya Kg Hulu Bernam, Jln Besar Hulu Bernam, 35900 Hulu Bernam. N05 – Hulu Bernam
    3 Pejabat Majlis Daerah Hulu Selangor, Jalan Bkt Kerajaan, 44000 Kuala Kubu Bharu N06 – Kuala Kubu Baharu
    4 Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kuala Kubu Bharu, No.43 Tingkat 1, Jalan Kamarudin, Kuala Kubu Bharu N06 – Kuala Kubu Baharu

     

    BIL LOKASI DUN
    5 Apartment Kenanga, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, 48300 Rawang. N07 – Batang Kali
    6 Dewan Komuniti Bukit Sentosa N07– Batang Kali

Lampiran

Tiada Lampiran.