Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

155) WIFI SELANGORKU

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah dan tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk menambah baik perkhidmatan Wifi Selangorku yang kebanyakkannya tidak berfungsi?

    Untuk makluman Y.B., terdapat 3 jenis backhaul yang terpasang untuk WSS:

    1. Berasaskan gentian optik komunikasi dengan backhaul 30Mbps – 100Mbps
    2. Berasaskan talian telefon menggunakan teknologi ADSL dengan backhaul 4Mbps – 8Mbps
    3. Berasaskan teknologi selular 3G dan 4G

     

    Daripada pemantauan kami semasa mengendalikan program ini, kami mendapati hanya kawasan dan hotspot yang tersedia dengan gentian optik komunikasi dan dengan backhaul sekurang-kurangnya 30Mbps sahaja yang berupaya untuk memberikan servis yang memenuhi kadar kepuasan pelanggan. Hotspot dan AP yang selain daripada yang disebut, boleh berfungsi tetapi ianya terlalu perlahan, tidak boleh menampung pengguna yang ramai, tidak sesuai untuk aplikasi terkini dan tidak mampu untuk memberikan kelajuan yang memuaskan kepada pengguna berdaftar. Ini memberikan persepsi negatif bahawa WSS ini tidak berfungsi.

    Sebagai penyelesaian, SMARTSEL telah meminta pembekal perkhidmatan (Service Provider SP) menambahkan kelajuan dan menaik taraf backhaul untuk lokasi-lokasi tersebut tanpa perlunya ada bayaran tambahan. Jika SP gagal, SMARTSEL akan memindahkan hotspot dan AP tersebut ke kawasan yang lebih bersesuaian. Sebagai langkah terakhir, kami akan menamatkan perkhidmatan tersebut menurut klausa-klausa yang telah tersedia di dalam kontrak perkhidmatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.