Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

48) WIFI SELANGORKU

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini penambahbaikan infrastruktur digital WIFI Selangorku?

    WIFI Selangorku telah dijenamakan semula sebagai WiFi Smart Selangor. Sejak SMARTSEL diberi tanggungjawab oleh MBI untuk menguruskan program ini secara rasmi bermula Januari 2019 bagi kawasan dan perkakasan yang mempunyai kapasiti dan berupaya untuk menampung keupayaan dalam memberikan perkhidmatan, pihak SMARTSEL telah berjaya untuk meningkatkan  kelajuan purata bagi satu (1) pengguna (peruser speed)) daripada 1Mbps kepada 4Mbps. SMARTSEL juga telah berjaya meningkatkan kelajuan ‘backhaul’ untuk kawasan yang menggunakan gentian optik kepada 100Mbps. SMARTSEL juga dalam perancangan tahunan menyasarkan akan menambah sejumlah 500 AP atau Hotspot untuk tahun 2019. Di samping itu, pihak SMARTSEL juga sentiasa mengukuhkan operasi rangkaiannya dengan mengendalikan Network Operating Centre (NOC) sebagai pusat khidmat sehenti.

Lampiran

Tiada Lampiran.