Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

120) WIFI SELANGORKU

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menjadikan semua Pejabat ADN, Pejabat Ahli Majlis, Pejabat MPKK sebagai hot spot Wifi Selangorku secara automatik bagi memperluaskan jaringan internet percuma kepada rakyat?

    Sejak dilaksanakan pada tahun 2015 program Wifi Selangorku atau yang kini lebih dikenali sebagai WiFi Smart Selangor sudah mempunyai 3,699 hot spot. Kriteria lokasi pemilihan pemasangan kawasan hotspot WiFi Smart Selangor adalah berdasar kepada beberapa faktor utama iaitu:

    1. Kawasan umum yang menjadi tumpuan ramai,
    2. Kawasan yang mempunyai nilai strategik yang tinggi,
    3. Kawasan yang mempunyai nilai faedah terbaik di bawah penyelenggaraan kerajaan Negeri Selangor dan Syarikat Berkait Kerajaan Negeri,
    4. Kawasan yang telah tersedia infrastruktur digital yang memenuhi komitmen kelajuan asas jalur lebar.

    SMARTSEL sentiasa menerima dan menimbang cadangan dan permintaan daripada semua pihak untuk menambah kawasan liputan WiFi Smart Selangor berdasarkan faktor-faktor tersebut di atas dan perkembangan semasa,

Lampiran

Tiada Lampiran.