Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

252) WIFI SMART SELANGOR DI KAWASAN KAMPUNG BARU SUNGAI JAROM

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pemasangan dan kualiti perkhidmatan WiFi Smart Selangor di kawasan Kampung Baru Sungai Jarom diadu sebagai tidak stabil dan sering terputus. Apakah punca kepada masalah itu dan apakah perjanjian perkhidmatan pembekal internet kepada kerajaan untuk memastikan perkhidmatannya mematuhi?

    Pemerhatian sedang dan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa agar masalah seperti yang diadukan dapat ditangani dengan kadar yang segera. Jika terdapat sebarang isu mengenai WiFi Smart Selangor, aduan boleh dibuat melalui laman web SISPAA yang dikendalikan oleh pihak kerajaan negeri. Semua Pembekal Perkhidmatan (Service Provider), adalah disyaratkan untuk mematuhi piawaian dan garis panduan sepertimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam penyediaan perkhidmatan kepada pengguna.

Lampiran

Tiada Lampiran.