Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

229) WIFI SMART SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan perkembangan terkini tentang perkhidmatan WIFI Smart Selangot dalam membantu rakyat mendapat maklumat yang lebih meluas?

    Sejak dilaksanakan pada tahun 2015 program Wifi Smart Selangor sudah mempunyai sejumlah 3,663 unit AP dan Hotspot di dalam senarai aktif. Jumlah sesi penggunaan yang terkumpul adalah lebih daripada 57 juta sisi penggunaan dengan lebih 1.8 juta pengguna berdaftar terkumpul. Laporan ini berdasarkan laporan bulanan Februari-2020. Sejak SMARTSEL diberi tanggungjawab oleh MBI untuk menguruskan program ini secara rasmi bermula Januari 2019, untuk kawasan dan perkakasan yang mempunyai kapasiti dan berupaya untuk menampung, SMARTSEL berjaya untuk meningkatkan kelajuan purata bagi 1 pengguna (peruser speed) daripada 1Mbps kepada 4Mbps, SMARTSEL juga telah berjaya meningkatkan kelajuan ‘backhaul’ untuk kawasan yang menggunakan gentian optik kepada 100Mbps. Di samping itu, pihak SMARTSEL juga sentiasa mengukuhkan operasi rangkaiannya dengan mengendalikan Network Operating Centre (NOC) sebagai pusat khidmat sehenti.

Lampiran

Tiada Lampiran.