YAYASAN DAR AL-QARD AL HASAN SELANGOR (YAQ)

58) YAYASAN DAR AL-QARD AL HASAN SELANGOR (YAQ)

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa ramaikah penerima skim YAQ yang telah berjaya keluar daripada Garis Kemiskinan?

    Berdasarkan rekod YAQ terdapat seramai 3,133 peserta telah mengambil 4 kali pinjaman daripada SKIMSEL. Daripada jumlah tersebut seramai 2,418 atau 77% telah berjaya meningkatkan pendapatan seterusnya keluar daripada garis kemiskinan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

    Walau bagaimanapun, satu kajian yang terperinci perlu dilaksanakan. Dengan indikator-indikator tertentu selain daripada berbentuk kewangan (yang biasanya adalah pendapatan isi rumah), indikator sosial seperti pemilikan aset (rumah, kereta,premis peralatan dan lain-lain), tahap pendidikan anak-anak dan kesihatan perlu dijadikan kayu pengukur untuk melihat keberkesanan bantuan mikrokredit yang ditawarkan oleh YAQ.

    Selain daripada itu, pihak Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor, juga telah melancarkan satu program baru iaitu Hijrah Selangor. HIJRAH SELANGOR adalah program Mikrokredit Bersepadu yang menggantikan skim-skim mikrokredit SKIMSEL, MIMBAR dan WALA. Perlaksanaan Hijrah Selangor berobjektifkan peningkatan keberkesanan penyampaian bantuan dengan mudah,cepat dan tidak membebankan, menggalakkan penabungan, mewujudkan rangkaian usahawan serta membina usahawan yang berwawasan kepada rakyat negeri Selangor. Pencapaian objektif program ini akan memberikan impak kepada pembasmian kemiskinan dan melebarkan golongan kelas menengah sebagaimana yang divisikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar.Maka bagi program-program sebelum ini, tiada kajian impak akan dijalankan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.