Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

183) YAYASAN HIJRAH

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah strategi Yayasan Hijrah untuk membantu ekonomi masyarakat luar bandar?

    Falsafah Program HIJRAH Selangor berteraskan konsep ”Pinjaman Asas Simpanan”. Maksudnya, pinjaman yang diberikan digunakan sebagai modal tambahan dalam urusan perniagaan. Berikut merupakan jenis skim pinjaman yang ditawarkan kepada peserta Program HIJRAH Selangor seperti jadual di bawah:

    JENIS SKIM PINJAMAN BULAN MINGGU
    SKIM 1 3,000 – 5,000 12 50
    24 100
    36 150
    SKIM 2 6,000 – 10,000 12 50
    24 100
    36 150
    SKIM 3 15,000 – 20,000 12 50
    24 100
    36 150
    SKIM 4 30,000 – 50,000 12 50
    24 100
    36 150

    Sebagai fasa pertama pelaksanaan, Program HIJRAH Selangor menawarkan skim kepada usahawan HIJRAH Selangor

    1. a) Skim 1: RM3,000 hingga RM5,000
    2. b) Skim 2: RM6,000 hingga RM10,000

    Usahawan-usahawan yang menunjukkan ’Disiplin Kredit’ yang memuaskan dengan rekod bayaran balik pinjaman semasa yang baik akan ditawarkan Skim HIJRAH Selangor jangka panjang seperti berikut:

    1. Skim 3 (RM15,000 dan RM20,000)
    2. Skim 4 (RM30,000 hingga RM50,000)

    Sehubungan itu, Hijrah Selangor juga telah memperkenalkan Program Pengembangan Usahawan ‘Zero To Hero’. Program ini adalah perjanjian kerjasama antara HIJRAH Selangor dengan syarikat peneraju. Syarikat berkenaan bersedia dan bertanggungjawab untuk membekalkan barangan kepada usahawan program berkenaan. Pakej barangan yang dibekalkan adalah di dalam lingkungan RM1000.00 sehingga RM5000.00.  Berikut adalah penambahan jadual bayar balik yang tidak terdapat di dalam sistem jadual bayar balik untuk dikemaskinikan seperti berikut :

    JENIS SKIM PINJAMAN TEMPOH

    PINJAMAN

    Sim Kad Telefon 1000.00 50 minggu
    Kiosk Ayam Gunting 4,500.00 150 minggu
    Jahitan 5000.00 150 minggu
    Bakeri 5000.00 150 minggu
    Burger 5000.00 150 minggu
    Cetakan 5000.00 150 minggu
    Urutan 5000.00 150 minggu

Lampiran

Tiada Lampiran.