Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

92) YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan perincian halatuju Yayasan Selangor untuk menghadapi cabaran pendidikan kini?

    Bagi menghadapi cabaran pendidikan kini, halatuju pendidikan Yayasan Selangor telah ditetapkan kepada perkara berikut:

    • Yayasan Selangor telah ditetapkan agar memberi fokus kepada pendidikan di peringkat persekolahan menengah iaitu bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 5. Pemfokusan ini penting kerana dengan sumber yang terhad, Yayasan Selangor tidak dapat memberikan perkhidmatan kepada semua peringkat pendidikan. Apa yang lebih realistik, Yayasan Selangor perlu memilih teras pendidikan yang telah dilaksanakan sejak penubuhannya iaitu memberi peluang pendidikan di peringkat menengah.
    • Dengan motto baru iaitu Merakyatkan Pendidikan Selangor, Yayasan Selangor seharusnya dapat memberikan perkhidmatan kepada lebih ramai rakyat negeri Selangor. Dengan memberi fokus yang lebih jitu mengikut peringkat umur, Yayasan Selangor dijangka dapat meningkatkan bilangan pelajar tajaannya daripada sebelum ini.

    Ini dapat dilihat dengan pertambahan bilangan pelajar tajaanya yang meningkat daripada tahun ke tahun. Pada tahun 2007, bilangan pelajar tajaan Yayasan Selangor di peringkat menengah dalam program Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor -RKPYS hanyalah berjumlah 1,385 orang. Walau bagaimanapun, jumlah ini meningkat kepada 1,409 pada tahun 2008, 1,554 pada tahun 2009 dan melonjak kepada 3,288 pada tahun 2012 dan akan ditingkatkan lagi kepada 5,000 orang pelajar pada tahun 2013. Peningkatan bilangan pelajar sebanyak 3.5 kali ganda pada tahun 2013 berbanding tahun 2008 menunjukkan Yayasan Selangor telah berjaya memberikan perkhidmatan pendidikan kepada lebih ramai pelajar berbanding sebelum tahun 2008 dengan gandaan yang besar.

    • Memandangkan kos pendidikan dan kehidupan yang semakin hari semakin tinggi, Yayasan Selangor juga telah meningkatkan bilangan dan peruntukan penerima Biasiswanya dari tahun ke tahun.

    Selaras peningkatan bilangan pelajar ini, Yayasan Selangor juga telah menambah peruntukan Biasiswanya dari tahun ke tahun mulai tahun

    Jika pada tahun 2007, hanya 518 pelajar mendapat Biasiswa Kecil, 159 pelajar mendapat Biasiswa Khas dan 36 pelajar mendapat Dermasiswa, tetapi pada tahun 2012, jumlah ini meningkat dengan mendadak kepada 1,783 pelajar mendapat Biasiswa Kecil, 1,140 pelajar mendapat Biasiswa Khas dan 96 pelajar mendapat Dermasiswa. Beza pemberian Biasiswa ini daripada tahun 2007 dengan 2012 adalah peningkatan antara 2.86 kali ganda (Dermasiswa) sehingga 7.16 kali ganda bagi Biasiswa Khas.

    • Selain bantuan dari segi penempatan ke Asrama Pusat dan Daerah yang diberikan kepada pelajar oleh Yayasan Selangor serta Biasiswa yang diberikan, Yayasan Selangor juga telah memberikan bantuan dari segi program untuk meningkatkan pembangunan potensi diri kepada pelajar tajaannya.

Lampiran

Tiada Lampiran.