Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

123) YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status penjualan tanah milik Yayasan Selangor di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur ?

    Pentadbiran Yayasan Selangor sekarang tidak pernah berniat dan TIDAK akan menjual tanah miliknya di Bukit Bintang, malah sedang dalam proses menaiktaraf daripada blok bangunan pejabat sedia ada kepada bangunan komersial supaya seganding dan setanding dengan semua pembangunan di sekelilingnya, dan projek ini bakal membawa pulangan yang jauh lebih baik. Kaedah yang diguna pakai ialah BOT (Built-Operate-Transfer). b)

    • Asset enhancement yang akan menambah nilai aset seterusnya memberi pulangan hasil sewaan yang lebih tinggi kepada Yayasan Selangor.
    • Mengkaji proposal pembangunan di hantar ke Yayasan Selangor bagi memastikan penglibatan Yayasan Selangor dalam projek memberi pulangan yang baik kepada Yayasan Selangor dan seterusnya rakyat Selangor.
    • Memantau perbelanjaan Yayasan Selangor agar tidak berlakunya pembaziran.
    • Menyemak semula perjanjian dan menambah baik perjanjian yang sedia ada bagi meningkatkan pendapatan Yayasan Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.