Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

14) YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah aset-aset dan sumber-sumber hasil untuk Yayasan Selangor dan kriteria di mana mereka terlibat usaha niaga bersama (joint ventures) dengan sektor swasta?

    1. Sumber Hasil Penyewaan (Ruang Pejabat)
    i. Bangunan Yayasan Selangor (Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur)
    ii. Bangunan Yayasan Selangor (Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur)
    iii. Menara Yayasan Selangor (Jalan Timur, Petaling Jaya)
    2. Sumber Hasil Penyewaan (Rumah Kedai)
    i. Rumah kedai 3 Lot 4 ½ Tingkat (Ampang Point, Ampang)
    ii. Rumah Kedai 4 Lot 3 Tingkat (Kayu Ara, Damansara)
    iii. Rumah Kedai 10 Lot 3 Tingkat (Ara Damansara, Kelana Jaya)
    iv. Rumah Kedai 1 Lot 3 Tingkat ( Pekan Semenyih)
    v. Rumah Kedai 1 Lot 4 Tingkat (Jalan Stesyen Klang)
    3. Sumber Hasil Penyewaan (Kediaman)
    i. Kondominium Universiti Tower 25 Unit (Jalan Universiti)
    ii. Kondominium 10 Unit ( Kayu Ara, Damansara)
    iii. Kondominium 20 Unit (Perangsang Templer Golf Club)
    iv. Rumah Teres 10 unit (Bandar Melawati, Kuala Selangor)
    4. Sumber Hasil (Tempat Letak Kereta)
    i. Bangunan Yayasan Selangor (Jalan Bukit Bintang)
    ii. Bangunan Yayasan Selangor (Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur)
    iii. Menara Yayasan Selangor (Jalan Timur, Petaling Jaya)
    iv. Tempat Letak Kereta Terbuka (Hadapan Amcorp Mall)
    5. Sumber Hasil (Pengiklanan)
    i. ‘Tripanel Bill Board’ Bangunan Yayasan Selangor (Jalan Bukit Bintang)
    ii. ‘Giant Banner’ Menara Yayasan Selangor (Jalan Timur Petaling Jaya)
    6. Sumber Hasil (Pertanian)
    i. Pengurusan Ladang Kelapa Sawit (1,200 ekar), Pulau Carey.
    7. Sumber Hasil (Pengurusan Kem)
    i. Pengurusan Kem Bina Semangat (Ampang Pechah, Kuala Kubu Bahru)
    ii. Program Latihan Khidmat Negera (Ampang Pechah, Kuala Kubu Bahru)
    iii. Pusat Kegiatan Luar (Kem The Woods, Ulu Yam)
    Kriteria Usahasama Dengan Syarikat Swasta
    1. Syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
    2. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.
    3. Kemampuan, pengalaman dan pembiayaan projek pembangunan.
    4. Jumlah pulangan terjamin (guarantee profit) dan perkongsian keuntungan (profit
    sharing) yang ditawarkan kepada Yayasan Selangor.
    5. Bayaran premium dan lain-lain bayaran yang berkaitan dengan hal-ehwal tanah dan
    pembangunan ditanggung oleh pihak syarikat.

Lampiran

Tiada Lampiran.