Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

176) YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR (YAWAS)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria dab syarat-syarat kelayakan pelantikan pengurus besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)?

    Kriteria dan syarat-syarat kelayakan pelantikan Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) adalah seperti berikut:

    • Kelulusan dan pengalaman kerja yang berkaitan diperingkat Pengurusan Korporat untuk tempoh antara lapan (8) hingga sepuluh (10) tahun;
    • Kemahiran dalam pengurusan strategi terutama dalam perancangan hala tuju perniagaan dan ‘business acumen’;
    • Kekuatan minda dalam bidang teknikal dan pembangunan perniagaan yang berkaitan dengan industri yang berkaitan dengan aktiviti syarikat;
    • Mempunyai kualiti kepimpinan yang baik;
    • Mempunyai kreativiti dan kemahiran perancangan jangka panjang;
    • Mempunyai pengalaman dalam urustadbir ‘Corporate Governance’ serta pengurusan mesyuarat Lembaga Pengarah / Lembaga

Lampiran

Tiada Lampiran.