Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

265) YURAN KUIS & UNISEL

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bantuan Negeri Selangor untuk membantu mahasiswa yang menghadapi masalah kewangan?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan sentiasa memandang serius dan prihatin mengenai kebajikan mahasiswa Selangor dan telah mengambil inisiatif bagi membantu golongan mahasiswa yang memerlukan.

    Hadiah Institut Pengajian Tinggi sebanyak RM1,000.00 diberikan secara one-off kepada mahasiswa yang mendaftar ke institut pengajian tinggi (IPT) bagi pendapatan keluarga dibawah RM5,000.00.

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga menyediakan pinjaman pelajaran boleh ubah di dalam dan luar negara dengan tanpa faedah kepada peminjam.

Lampiran

Tiada Lampiran.