ZAKAT
45) ZAKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Agihan zakat di negeri Selangor diakui antara yang terbaik di dalam negara kita namun ramai mendakwa permohonan terutamanya dari Asnaf Fi Sabilillah masih ramai yang ketinggalan. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah tersebut.
- Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan sejumlah besar dana zakat kepada asnaf Fisabilillah dan merupakan antara yang terbesar berbanding asnaf-asnaf yang lain. Bantuan yang diberikan meliputi aspek pembangunan syiar Islam seperti pendidikan, pembangunan institusi agama dan program penerapan nilai-nilai
LZS sentiasa menerima banyak permohonan melalui bantuan Fisabilillah, dan tidak semestinya semua permohonan tersebut berjaya kerana berkemungkinan tidak memenuhi syarat dan tidak termasuk di dalam golongan asnaf fisabilillah.
