Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

96) ZON BERSIH PBT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah sistem zon dan pertandingan ini berkesan untuk memastikan kebersihan kawasan PBT?

    1. Sistem Zon Bersih dan pertandingan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri adalah berkesan dan sesuai untuk diteruskan di kawasan-kawasan lain. Daripada pemantauan didapati zon-zon yang telah dijadikan kawasan zon bersih mempunyai  tahap kebersihan yang lebih memuaskan dan menunjukkan perubahan yang ketara daripada yang sebelumnya. Ini membuktikan bahawa semua pihak yang terlibat seperti PBT, penduduk setempat, pihak NGO, Ahli Majlis dan lain- lain memandang serius terhadap perkara ini di samping mewujudkan persaingan sihat di antara PBT melalui pertandingan yang telah

     

    Pertandingan zon bersih di kawasan PBT bagi tempoh 2009/2010 telah dinilai melalui kriteria- kriteria yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri untuk proses penilaian iaitu seperti berikut:

     

    1. Pemantauan Kebersihan;
    2. Penyelenggaraan Infrastruktur;
    3. Penyelenggaraan Landskap;
    4. Penyelenggaraan Kemudahan Awam;
    5. Pengurusan Aduan; dan
    6. Penglibatan Komuniti

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.