Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

65) ZON BERSIH

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan akan mengaktifkan semula program zon bersih sebagai usaha membersihkan kawasan-kawasan hotspot didalam Negeri Selangor?

    Pelaksanaan Program Zon Bersih selama empat (4) tahun bermula tahun 2010 hingga 2013 telah berjaya mengubah atau transformasi kawasan yang kotor ke arah yang lebih bersih dengan adanya usaha yang menggalakkan daripada PBT, Ahli Majlis, NGO dan agensi luar dalam menzahirkan konsep BERSIH di Selangor. Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan bagi menghidupkan semula Program Zon Bersih dan seumpama dengannya yang dapat memberi impak positif kepada masyarakat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, buat masa ini Kerajaan Negeri masih merangka dan merancang pelan tindakan dalam menambahbaik sistem penyampaian dan tadbir urus khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan kualiti kehidupan yang lebih baik serta dapat mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat.

Lampiran

Tiada Lampiran.