Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

145) Zon Perlindungan Sungai

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah baki panjang sungai di mana 50m ke kiri dan kanannya belum digazet sebagai zon perlindungan?

    Merujuk kepada kesediaan data dan maklumat sungai yang ada pada LUAS, panjang keseluruhan sungai di Negeri Selangor adalah dalam anggaran 3,955.84 kilometer yang mana keperinciannya adalah seperti berikut:

    Nota *:Jumlah ini akan berubah samada meningkat atau berkurangan kerana akan melalui proses semakan melalui penyediaan pelan ukur demarkasi yang dilaksanakan setiap tahun untuk tujuan penyediaan pelan pewartaan zon perlindungan.

    Daripada jumlah keseluruhan 3,955.84 kilometer panjang sungai ini sebanyak 2,078.35 kilometer telahpun mempunyai pelan ukur demarkasi sungai yang mana akan dikemukakan kepada JUPEM Selangor untuk penyediaan pelan warta zon perlindungan (pelaksanaan kerja-kerja penyediaan pelan ukur demarkasi sungai telahpun dimulakan LUAS sejak tahun 2012). Manakala baki panjang sungai 1,879.49 kilometer lagi akan disediakan pelan ukur demarkasi sungai secara tahunan/berperingkat sehingga selesai. Dari segi peratus siap pelan pengazetan pula adalah seperti berikut:

    • 3 cabang sungai ataupun 3% telah mempunyai pelan gazet yang telah sempurna iaitu melibatkan Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Damansara;
    • 409 cabang sungai ataupun 40% telah siap pelan ukur demarkasi dan akan dikemukakan kepada JUPEM Selangor untuk penyediaan pelan gazet. Dijangkakan akan dikemukakan pada awal November 2020 disebabkan pada masa ini dalam proses pindaan penukaran format pelan Oleh Jurukur Tanah Berlesen yang dilantik sebelum ini;
    • 170 cabang sungai ataupun 16% sedang dalam penyediaan pelan ukur demarkasi (format pelan gazet) pada tahun ini dijangka siap akhir November 2020; dan
    • 443 cabang sungai ataupun 41% akan disediakan pelan ukur demarkasi (format pelan gazet) pada tahun 2021 sehingga 2023.

     

    Isu kelewatan penerbitan pelan gazet yang melibatkan 409 cabang sungai diatas adalah disebabkan faktor kuantiti iaitu helaian pelan ukur demarkasi yang banyak bagi setiap cabang sungai untuk disemak dan disahkan oleh pihak JUPEM Selangor.

    Bagi mengatasi permasalahan ini, LUAS dan JUPEM Selangor telah mengadakan perbincangan pada awal tahun 2019 bagi mencari kaedah untuk mempercepatkan dan memudahkan proses semakan dan pengesahan pelan. Salah satu kaedahnya adalah LUAS akan mengemukakan terus kepada JUPEM Selangor pelan ukur demarkasi dalam format pelan gazet. Kaedah ini akan dapat menjimatkan masa JUPEM Selangor untuk proses semakan dan ‘format conversion’.

Lampiran

Tiada Lampiran.