Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

29) ZOO NEGARA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Memandangkan Zoo Negara terletak dalam negeri Selangor, imej serta prasarananya yang sempurna akan sekali gus melonjakkan imej pentadbiran teratur Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Apakah status penggunaan tanah Zoo Negara dalam konteks pengurusan dan pentadbiran tanah kerajaan negeri Selangor?

    Jawapan seperti dilampiran.

     

    LAMPIRAN
    a) Mengikut rekod Pejabat Tanah Gombak status tanah-tanah tersebut adalah seperti berikut:
    Butiran 1 2
    3
    4
    5
    Hakmilik A.A2/63 Geran
    37161
    Geran
    37162
    Tanah Kerajaan
    No. Lot/PT 1522 1520 1521 1661 Plot A, B dan C
    Luas 42 ekar 13 ekar 0e.2r.38p 2.8 ekar A-4.1ekar
    B-1.2ekar
    C-19.74ekar
    Tempoh Pajakan 99 tahun Selamanya Selamanya Permohonan
    pemberimilikan
    pada tahun 2005
    Tuan Tanah Malayan Zoological
    Society
    HSBC(M)
    Trustee Berhad
    HSBC(M)
    Trustee Berhad
    Malayan Zoological
    Society
    HSBC(M)
    Trustee Berhad
    ¾ Tanah yang menjadi isu adalah seperti dibutiran 5 yang melibatkan plot A, B dan C dengan luas lebih kurang 25.04 ekar.
    Tanah terbabit telah diluluskan oleh MMKN Bil.81/7/82 tetapi hakmilik masih belum dikeluarkan kerana belum dibayar baki
    cukai tanah yang telah dinaikkan begitu juga bayaran pendaftar hakmilik. Pihak Zoo Negara juga masih di dalam
    perbincangan bersama Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Jabatan Pengairan Dan Saliran Selangor
    berkenaan sungai serta jalan yang terletak di atas tanah Plot A, B dan C. Perbincangan tersebut adalah bagi mengeluarkan
    jalan yang termasuk di dalam plot-plot terbabit sebelum pelan ukur dapat dikeluarkan
    ¾ Plot A,B dan C asalnya adalah tanah hakmilik Hs(D) 17913 berkeluasan 42 ekar. Hakmilik terbabit telah dibatalkan pada 29
    Jun 1994, 19.74 ekar tanah telah diberimilik semula kepada Zoo Negara dan baki 16.9 ekar dipenuhi dengan setinggan
    dikenali sebagai Kg. Kemansah.
    ¾ Satu mesyuarat telah diadakan di Pejabat Daerah Gombak pada 14 Jun 2007 bagi menyelaraskan perkara ini. Di dalam
    mesyuarat terbabit pihak JPS telah bersetuju agar sungai yang terletak di dalam kawasan Zoo Negara diberimilik kepada
    mereka. Zoo Negara juga bersetuju agar jalan menuju ke Kg. Kemansah yang terletak di Plot A, B dan C dikeluarkan untuk
    kegunaan jalan awam. Mesyuarat telah memutuskan bahawa Zoo Negara akan mengemukakan pelan kepada Pejabat
    Tanah Gombak setelah isu jalan dan sungai diselesaikan. Pada 15.01.2008, Pentadbiran Tanah telah mengemukakan Kertas
    Ringkasan bagi mendapat kelulusan MMKN ke atas pengukuran yang telah di lakukan oleh pihak Zoo Negara ke atas plot A,
    B dan C. Keputusan belum lagi di ketahui

Lampiran

Tiada Lampiran.