Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

311) BEKALAN AIR TERAWAT YANG BERSIH

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan kes paip pecah dengan saiz dan jenis paipnya yang menyebabkan gangguan bekalan air pada tahun 2015 mengikut wilayah SYABAS

  2. Apakah tindakan segera Kerajaan Negeri bagi mengurangkan masalah paip pecah yang sering berlaku dan mengotorkan bekalan air terawat?

312) PEMASANGAN WIFI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut


  1. Apakah kriteria sesuatu tempat itu dipilih sebagai hotspot wifi?

  2. Berapa capaian kelajuan wifi secara purata yang akan diterima rakyat?

  3. Nyatakan jumlah dan pecahan mengikut DUN

313) PEMBANGUNAN TANAH RRI, PETALING JAYA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Apakah status kelulusan kerajaan negeri dan MBPJ/MBSA untuk cadangan pembangunan tanah RRI oleh pihak Kerajaan Pusat?

  2. Butirkan premium tanah dan caj pembangunan yang sudah dibayar?

  3. Apakah sasaran jumlah penduduk untuk kawasan ini apabila dibangunkan sepenuhnya?

314) PROJEK PKNS

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan projek kendalian sepenuhnya oleh PKNS dari tahun 2013-2015?

  2. Senaraikan projek usahasama PKNS dengan pemaju swasta dari tahun 2013- 2015?

315) KEMUDAHAN DAN KOLEKSI BUKU PPAS

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan Jumlah wang yang dibelanjakan oleh PPAS untuk pembelian bahan bacaan sejak tahun 2008.

  2. Nyatakan peruntukan yang digunakan untuk pembelian bahan bacaan bahasa Cina dan bahasa Tamil sejak tahun 2008.

  3. Apakah rancangan kerajaan negeri dalam menaiktarafkan kemudahan ICT di PPAS?

316) MAAHAD TAHFIZ SAINS BAGAN TERAP,SABAK BERNAM

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kos baikpulih Maahad Tahfiz Sains tersebut?

  2. Berapakah jumlah pelajar dan tenaga pengajar yang berada di sekolah tersebut sehingga sekarang?

317) PERTIKAIAN PERJANJIAN TANAH DI IJOK

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terkini pertikaian perjanjian tanah yang bernilai RM1.18 bilion di Ijok antara Kerajaan Negeri Selangor, Eco World dan vendor-vendor lain?

  2. Apakah "lesson-learnt" dari episod ini untuk kerajaan negeri dalam pengurusan tanah?

318) PENYELENGGARAAN KEMUDAHAN AWAM

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut


  1. Di dalam ucapan bajet diumumkan RM4 Juta diperuntukkan untuk penyelenggaraan kemudahan awam, senaraikan pecahan untuk peruntukan ini?

  2. Senaraikan kemudahan awam di kawasan desa seperti balairaya dan sebagainya yang telah dinaiktaraf di Kawasan DUN Dengkil.

319) PUSAT HIBURAN DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah terkini pusat hiburan di Selangor mengikut PBT?

  2. Berapakah jumlah lesen operasi pusat hiburan yang diluluskan pada 2014-2015 mengikut PBT?

320) PROJEK PERUMAHAN DAN KEDAI TERBENGKALAI DI KUALA LANGAT

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut


  1. Apakah bantuan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri memulihkan semula projek perumahan / kedai terbengkalai di Daerah Kuala Langat?

  2. Sila menyatakan butir butir seperti nama pemaju, alamat, jumlah unit pembinaan dan tahun mula dibina dan tahun siap sesebuah Projek itu.