Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

221) MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Apakah proses pelantikan yang diguna pakai dalam melantik Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) ? Adakah panel pemilihan dibentuk untuk memilih dan menyaring permohonan dan apakah kelayakan untuk memegang jawatan ini ? Apakah terma rujukan bagi pemegang jawatan ini ?

    Klik jawapan »

222) KESESAKAN LALU LINTAS

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis


  1. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, Avani Resort Pantai Sepang Gold Coast merupakan salah satu destinasi pelancong. Akan tetapi kesesakan lalu lintas B48 dan simpang KLIA akan menjadi satu halangan besar. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah tersebut?

    Klik jawapan »

223) JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR (JPBD)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri akan mengkaji semula Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor bersesuaian dengan pembangunan Negeri seperti Perimeter Planting selebar 10 kaki di sekeliling bangunan yang perlu dikaji semula.

    Klik jawapan »

  2. Berdasarkan keadaan status pasaran harga tanah di negeri Selangor, adakah masih sesuai dikekalkan syarat lorong belakang perumahan seluas 15 kaki.

    Klik jawapan »

  3. Percanggahan syarat pihak TNB yang mahukan rumah TNB dibina di tepi pagar, tetapi pihak OSC MBSA yang mensyaratkan rumah TNB mesti dibina bergabung dengan bangunan komersial amat mengelirukan. Huraikan.

    Klik jawapan »