Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
231) KESESAKAN LALU LINTAS DI PERSIMPANGAN JALAN KUANG
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Kesesakan lalulintas di Persimpangan Empat (4) Jalan Kuang, Kg Setia (B149) dan Lorong Melati (B25) berlaku terutama di waktu puncak. Adakah ada perancangan untuk mengambilalih tanah di kawasan persimpangan ini bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas ?
232) RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 2035
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah isi kandungan Rancangan Struktur Selangor 2035?
-
Siapakah konsultan yang menyediakan rancangan ini dan kos perundingannya?
-
Apakah manfaat rancangan struktur ini kepada sosioekonomi dan rakyat Selangor?
233) TANAH MILIK PKNS
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan peratusan penggunaan tanah milik PKNS 2008 2014?
-
Nyatakan berapa peratus pembangunan sendiri dan perkongsian diserahkan kepada swasta?
-
Nyatakan peratus pendapatan perkongsian dan pembangunan tanah milik PKNS bersama pihak swasta?
234) ENAKMEN MENGUTIP TOL (JALAN-JALAN PERSENDIRIAN) 1986
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua jalan yang dilesenkan dibawah Enakmen Mengutip Tol (Jalan-jalan Persendirian) 1986?
-
Apakah hasil kepada Kerajaan Negeri melalui Enakmen ini pada 2013?
235) KAJIAN PANDANGAN AWAM (OPINION POLL)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Berapa kalikah kajian pandangan awam (Opinion Poll) tentang prestasi kerajaan negeri dijalankan sejak 2008 sehingga kini?
-
Nyatakan jumlah kos yang dikenakan mengikut kajian yang dijalankan