Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

261) GERAN SELANGORKU USAHAWAN MUDA RM30 JUTA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut


  1. Berapakah banyak peruntukan yang disediakan sebanyak RM30 juta telah dibelanjakan?

  2. Adakah belia dalam negeri ini telah mendapat manfaat daripada penyediaan geran tersebut?

  3. Apakah peruntukan Geran tersebut akan ditambah?

262) RAKYAT BERPENDAPATAN TINGGI

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah perancangan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri untuk melahirkan rakyat berpendapatan tinggi selaras dengan aspirasi Persekutuan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah pandangan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri terhadap wawasan Kerajaan Persekutuan tersebut?

    Klik jawapan »

263) BELANJAWAN RESPONSIF GENDER

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan Belanjawan Responsif Gender (GRB)?

    Klik jawapan »

  2. Jika ya, apakah usaha agar memastikan GRB dilaksanakan di semua peringkat kerajaan, khususnya PBT di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

264) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah peruntukan MARRIS kepada agensi-agensi pelaksana pada tahun 2014

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk penyelenggaraan jalan-jalan yang tidak diluluskan oleh UPEN di bawah MARRIS seperti kawasan FELDA dan jalan yang belum kenal pasti siapakah agensi pelaksana disebabkan pemaju gulung tikar?

    Klik jawapan »

265) PEMBANGUNAN DESA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut


  1. Apakah bentuk program yang ditawarkan bagi manfaat penduduk dan warga desa?

    Klik jawapan »

  2. Apakah petunjuk aras pencapaian bagi menilai kejayaan program di bawah Pembangunan Desa?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah peruntukan yang telah dimanfaatkan bagi tujuan melaksanakan di bawah Program Pembangunan Desa?

    Klik jawapan »

266) PORTFOLIO KEBAJIKAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar dan perancangan EXCO bagi portfolio Kebajikan tahun 2015?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah pencapaian portfolio ini di tahun 2014 dan tahun sebelumnya?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah dan peratusan rakyat Selangor yang telah menerima bantuan kebajikan sejak tahun 2008?

    Klik jawapan »

267) KAWASAN TADAHAN AIR SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan kawasan tadahan air dalam Selangor mengikut pecahan daerah

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi menjamin penjanaan air yang mampan (water security and sustainability) bagi menampung keperluan 50 tahun akan datang mengambil kira faktor perubahan iklim yang drastik?

    Klik jawapan »

268) KEMUDAHAN NURSERI DAN TADIKA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan kerajaan bagi memenuhi janji manifesto bahawa SEMUA bangunan negeri akan disediakan dengan kemudahan nurseri dan tadika dalam tempoh 5 tahun?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bangunan negeri yang sudah disediakan dengan kemudahan tersebut setakat ini? Berapakah peratusan secara keseluruhannya?

    Klik jawapan »

269) INFRASTRUKTUR JALAN RAYA RUMPUT DAN BAHU JALAN DUN MERU

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah jadual potong rumput 6 minggu bagi Utama dan 8 minggu bagi sekunder, ia amat lama?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah masih berlaku pemotongan yang tidak mengikut spesifikasi standard?

    Klik jawapan »

  3. Mengapakah masih banyak kerosakan bahu jalan tanpa baikpulih?

    Klik jawapan »

270) INDUSTRI NURSERI, LANDSKAP DAN POKOK HIASAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar dan perancangan kerajaan untuk industri nurseri, landskap dan pokok hiasan?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah nilai industri dan sumbangannya kepada ekonomi negeri?

    Klik jawapan »