Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

131) PEKERJA LADANG

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha kerajaan negeri untuk membantu pekerja ladang dan nyatakan mengikut daerah, PBT, DUN dan parlimen?

    Klik jawapan »

  2. Berapa perbelanjaan yang dikeluarkan bagi membantu pekerja ladang dari 2008 hingga 2013?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan agensi kerajaan negeri yang terlibat membangunkan ekonomi pekerja ladang?

    Klik jawapan »

132) PEMANTAUAN PROJEK-PROJEK PERUMAHAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut


  1. Apakah bentuk pemantauan dan kawal selia yang dijalankan oleh pihak kerajaan negeri dan agensinya ke atas pemaju projek-projek perumahan yang didapati melanggar syarat pembinaan dan guna tanah di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

133) BANTUAN KEPADA PEKEBUN-PEKEBUN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membantu pekebun-pekebun sayur membaharui permit penggunaan tanaman di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan di sebahagian kawasan Kampong Sungai Kelambu? i) Sila menyatakan tapak tanah Kerajaan yang di buka untuk tujuan tanaman sayur-sayuran di Daerah Kuala Langat dan Sepang? ii) Apakah jenis bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu para pekebun yang memainkan peranan sebagai perangsang ekonomi Negeri?

    Klik jawapan »

134) RIZAB KEWANGAN SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah rizab kewangan Negeri Selangor bagi tahun 2007- 2013

  2. Senaraikan jumlah dan jenis hutang Negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2007-2013

  3. Bagaimanakah rizab kewangan Selangor 2013 digunakan untuk pembangunan negeri dan apakah strategi pengurusan kewangan yang digunakan bagi memastikan sumber negeri ini dioptimakan untuk pembangunan negeri bersesuaian dengan keadaan ekonomi nasional dan global sekarang.

135) PROJEK PERUMAHAN BUKIT BOTAK

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Apakah status dan laporan terperinci yang terkini mengenai Projek Perumahan Bukit Botak?

136) PEMELIHARAAN HUTAN SIMPAN DI SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah keluasan hutan simpan di Selangor?

  2. Apakah dasar dan langkah-langkah kerajaan Selangor memelihara hutan simpan ini?

137) PEMASANGAN WIFI SELANGORKU

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut


  1. Apakah pencapaian terkini mengenai pemasangan WIFI Selangorku di setiap DUN?

  2. Adakah perlaksanaan tersebut dapat dipercepatkan?

  3. Adakah kerajaan bersedia untuk menggunakan produk teknologi baru yang mengintegrasikan lampu jalan LED, CCTV dan WIFI bagi menjimatkan kos pemasangan?

138) BANCIAN PENDAPATAN ISI RUMAH

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Bilakah kerajaan akan menjalankan bancian kawasan-kawasan yang diketahui ramai penduduk miskin bagi mengenal pasti pendapatan isi rumah dan keperluan isi rumah tersebut?

  2. Apakah dasar kerajaan negeri dalam menangani masalah kemiskinan yang juga menjadi punca masalah lain seperti sosial, jenayah dan lainlain?

139) PRESTASI PELANCONGAN DI SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan statistik ketibaan pelancongan di Selangor dari 2008 hingga kini?

  2. Apakah impak atau sumbangan industri ini kepada ekonomi Selangor dari 2008 hingga kini?

  3. Apakah langkah negeri untuk memastikan sasaran tersebut dicapai?

140) PEMBELIAN TANAH BAGI TAPAK MASJID/SURAU

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri telah meluluskan permohonan melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk pengambilan balik tanah bagi tujuan tapak Surau Al-Taqwaniah, Kg. Paya Jaras, Mukim Sungai Buloh. Tanah tersebut dikenali sebagai Hak milik HS(M) 1257 PT 815, Kampung Baharu Sungai Buluh, Mukim Sungai Buluh , Daerah Petaling bagi tujuan tapak Surau Al-Takwaniah, Kampung Paya Jaras Hulu Dalam, Sungai Buloh. Apakah status terkini permohonan tersebut?

  2. Bilakah pengambilan ini dijangka selesai sepenuhnya?