Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

121) KEMPEN ANTI ZINA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan kerajaan terutama kempen anti zina yang tidak berkesan langsung hanya sekadar banner sahaja?

  2. Apakah langkah pencegahan yang diambil bagi mengatasi gejala tersebut?

  3. Berapa ramai yang telah diberi bimbingan oleh kerajaan kepada meerka yang terlibat?

122) AIR TIDAK BERHASIL (NRW)

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah sasaran NRW negeri kepada SYABAS?

  2. Apakah faktor-faktor kegagalan tersebut?

  3. Benarkah kerajaan negeri menghalang SYABAS mendapatkan pinjaman untuk menggantikan paip-paip lama bagi mengatasi NRW?

123) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Setakat tahun 2008 hingga 2012, berapakah jumlah peruntukan MARRIS yang diterima oleh kerajaan negeri untuk membaikpulih dan menyelenggara prasarana bawah PBT Negeri Selangor.

  2. Berapakah peruntukan yang telah diserahkan kepada setiap PBT bagi menyelenggara prasarana di kawasan berkenaan.

124) TAPAK UNTUK MENEMPAT ANJING LIAR DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kos untuk membina tapak tersebut dan dimanakah tempat itu?

  2. Siapakah yang menjaga kawasan tersebut dan cara untuk memproseskan anjing liar

125) RUMAH KOS RENDAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramaikah rakyat berpendapatan rendah yang telah dapat membeli dan memiliki rumah kos rendah dan rumah mampu milik di dalam Negeri Selangor sejak tahun 2008?

  2. Berapakah jumlah rumah kos rendah dan rumah mampu milik yang sedang dibina oleh Kerajaan Selangor?

  3. Berapakah jumlah rumah kos rendah dan mampu milik yang dirancang untuk dibina oleh Kerajaan Selangor?

126) ISU AIR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Masalah bekalan air di Negeri Selangor sering kali terganggu (banyak kawasan yang tidak dapat air sepanjang masa). Apakah benar ÒProjek Langat DuaÓ benar-benar dapat menyelesaikan masalah tersebut

  2. Apakah langkah yang diambil bagi memastikan bekalan air bersih (air terawat) mencukupi untuk keperluan rakyat Negeri Selangor

127) SKIM SEL DAN MIMBAR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Sehingga Oktober 2012 Berapa banyak permohonan Skim Sel dan Mimbar yang telah dibuat oleh rakyat Selangor dan berapa yang diluluskan?

  2. Berapa banyak golongan muda di bawah 40 tahun yang telah memohon dan berapa yang diluluskan?

  3. Berapa peratus yang telah membayar balik dengan mengikut jadual ?

128) KAMERA INTIPAN PEJABAT MB

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Jawatankuasa siasatan dalaman telah ditubuhkan hasil kes kemera intipan di pejabat Menteri Besar, manakala manifesto Pakatan dalam hal urustadbir wibawa menekankan ketelusan pentadbiran negeri. Apakah status hasil siasatan jawatankuasa dan kenapakah tiada laporan polis dibuat?

  2. Siapakah dalang yang terlibat dalam kes tersebut?

  3. Adakah mereka terbabit disiasat dan didakwa?

129) PELUPUSAN SAMPAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah dan kapasiti pusat pelupusan sampah di Selangor?

  2. Apakah teknologi pelupusan yang digunakan, kos dan adakah kerajaan negeri bercadang menggunakan teknologi baru?

  3. Bagaimanakah kerajaan negeri membanteras dan memantau pusat pelupusan sampah haram?

130) BANTUAN RM50 PELAJAR TADIKA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramaikah jumlah peajar tadika di Selangor?

  2. Berapa ramaikah pelajar yang telah diberi bantuan mengikut daerah?

  3. Berapa peruntukan yang telah diberi untuk program tersebut?