Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

131) SISTEM PENYAMPAIAN DAN PRESTASI PBT

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Pilihan Raya Kerajaan Tempatan hanyalah satu cabang dari usaha untuk menjamin prinsip kebertanggungjawaban terhadap pembayar cukai. Apakah langkah - langkah yang dirangka oleh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan reformasi yang menyeluruh bagi meningkatkan sistem penyampaian dan prestasi PBT demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat ?

132) MASALAH AIR SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah sebenarnya masalah air di Selangor dan apakah langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang yang alan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor?

133) INSENTIF PENINGKATAN HASIL PADI (IPH)

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan bilakah Insentif tersebut dilaksanakan dan huraikan apakah matlamat utama serta sasaran petani yang dikenal pasti?

  2. Sila nyatakan jabatan manakah yang diberikan tanggungjawab bagi mengendalikan IPH dan kemukakan formula perkiraan insentif tersebut secara terperinci?

  3. Sila nyatakan sehingga kini berapakah jumlah peruntukan IPH yang telah disalurkan dan berapakah jumlah tunggakan yang masih belum dibayar kepada petani yang berjaya meningkatkan hasil pengeluaran mereka ?

134) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Bilakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan pilihanraya Kerajaan Tempatan seperti yang telah dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang?

  2. Apakah sebab-sebab kelewatan dalam perlaksanaan pilihanraya Kerajaan Tempatan ini memandangkan Kerajaan Negeri telah pun melaksanakan pilihanraya ketua kampung?

  3. Berapakah anggaran kos untuk perlaksanaan pilihanraya Kerajaan Tempatan?

135) MURID ASRAMA YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Yayasan Selangor telah menutup beberapa buah asrama menempatkan anak- anak Selangor luar bandar yang belajar di kawasan bandar. Berapa orangkah anak Selangor yang terbabit kerana penutupan tersebut?

  2. Apakah perancangan Yayasan untuk memastikan anak Selangor luar bandar mendapat pendidikan di bandar pada masa hadapan?

136) PENYELENGGARAAN JALAN PINTAS KE KAJANG (KAJANG BYPASS) DI SEPANJANG JALAN DI HADAPAN TESCO DAN GIANT KAJANG DI PRIMA SAUJANA, KAJANG

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. ) Siapakah atau agensi manakah yang bertanggungjawab g mengawal selia jalan ini .

  2. Apakah perancangan jangka masa panjang pihak kerajaan negeri dan PBT bagi menentukan jalan yang rosak dan lampu isyarat yang selalu tidak berfungsi tersebut dapat diselenggarakan sepenuhnya oleh pihak yang dipertanggungjawabkan

137) AIR PERCUMA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah pendirian kerajaan negeri terhadap penggunaan air percuma secara membazir oleh sesetengah golongan?

  2. Apakah langkah kerajaan negeri agar rakyat menggunakan air percuma secara cermat dan bijak?

138) LAWATAN KE LUAR NEGARA OLEH PBT

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan lawatan ke luar Negara yang dibuat oleh PBT sejak 2008 sehingga sekarang termasuk bilangan dalam rombongan (pegawai PBT dan ahli Majlis), tujuan lawatan, perbelanjaan yang ditanggung dan pelan tindakan pasca lawatan.

139) PEMBINAAN KONDOMINIUM DI BATU CAVES

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah penyelesaian yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi kontroversi pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves?

140) PENGANGKUTAN AWAM DI DUN KOTA DAMANSARA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Tidak ada perkhidmatan bas awam khususnya dari DUN Kota Damansara ke Hospital Besar Sg.Buloh, dari kawasan Seksyen 3 (MBPJ) ke Subang 2 (MBSA) dalam DUN Kota Damansara. Apakah tindakan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah ini?

  2. Bolehkah Majlis Berkuasa Tempatan membantu menyediakan perkhidmatan bas ?