Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

61) TEATER DAN BUDAYA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar dan pendirian kerajaan negeri terhadap pementasan teater?

  2. Mengapakah cadangan bagi penajaan teater ÒBilik SulitÓ arahan Hishamuddin Rais dan teater ÒSemerah PadiÓ adaptasi filem arahan Tan Sri P.Ramlee ditolak?

  3. Mengapakah pementasan teater ÒNurnilamsariÓ kurang mendapat sambutan?

62) BANTUAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Sehingga Jun 2012 Berapa banyak sekolah agama rakyat yang telah menerima bantuan kewangan daripada skim bantuan sekolah agama rakyat kerajaan negeri Selangor ?

  2. Apakah bentuk bantuan/program/peralatan yang menjadi keutamaan kepada sekolah-sekolah agama rakyat di negeri Selangor, senaraikan 3 permohonan utama?

  3. Apakah dasar ini akan diteruskan dengan jumlah peruntukan yang sama atau memerlukan tambahan peruntukan untuk masa depan ?

63) RIZAB TUNAI KERAJAAN SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Berapakah rizab dan tunai kerajaan Selangor telah simpan sampai bulan Oktober 2012

  2. Ada apa rancangan dari kerajaan untuk menggunakan rizab dan tunai tersebut?

  3. Berapakah faedah dari bank yang kerajaan dapat secara purata jika rizab dan tunai tersebut disimpan dalam bank. Sila senaraikan mengikut tahun.

64) PROJEK BANGUNAN TERBENGKALAI

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Berapakah projek bangunan terbengkalai yang berjaya diselesaikan

  2. Apakah bantuan kerajaan negeri bagi membolehkan pemaju mempercepatkan pembaikpulihan projek terbengkalai tersebut

65) PERKEMBANGAN EKONOMI

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah indikator-indikator utama pencapaian ekonomi Selangor hampir lima tahun pentadbiran kerajaan Pakatan?

  2. Apakah arah tuju ekonomi negeri dan bagaimanakah kerajaan negeri mengukur tahap kemajuannya berbanding tahun terdahulu?

  3. Apakah strategi dan program kerajaan negeri untuk terus melonjakkan ekonomi Selangor?

66) KEJAYAAN PERTANIAN SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah kejayaan di sektor pertanian Selangor setakat ini?

  2. Sejauh manakah sumbangan sektor pertanian terhadap KDNK negeri sekarang?

  3. Apakah projek pertanian berimpak tinggi di bawah kerajaan Pakatan sejak 2008 hingga 2012?

67) LATIHAN BELIA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri berhasrat melatih belia untuk meningkatkan kemahiran mereka bagi mudah memasuki pasaran kerja. Berapakah jumlah pekerja yang telah dilatih dari tahun 2008-2012 untuk maksud tersebut?

  2. Apakah jenis dan tahap latihan yang telah diadakan?

  3. Berapakah jumlah belia yang telah berjaya mendapat pekerjaan setelah mengikut program latihan?

68) DISKRIMINASI GENDER

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah yang dimaksudkan dengan diskriminasi gender?

  2. Sejauh manakah diskriminasi gender berlaku di Selangor?

  3. Bagaimanakah cara mengatasinya?

69) SURAU BOLEH ADAKAN SOLAT JUMAAT

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Selain daripada kutipan pada hari Jumaat, apakah kemudahan atau kelebihan surau yang statusnya dibenarkan mengadakan Solat Jumaat?

70) BANTUAN SEKOLAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah keseluruhan perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk membantu sekolah agama, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil pada tahun ini?

  2. Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan sejak program bantuan ini dilancarkan?