Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

71) PENGURUSAN SAMPAH DAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah kutipan sampah dan sisa pepejal mengikut pecahan PBT bagi tahun 2007-2012.

  2. Apakah mekanisme yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan pengutipan sampah dan sisa pepejal yang efisien mengikut jadual yang ditetapkan demi kebersihan awam.

  3. Apakah sasaran dan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan pembuangan sampah berkurangan untuk mewujudkan alam sekitar yang bersih dan hijau?

72) PELUANG PEKERJAAN BELIA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah kadar pengangguran di Selangor sekarang?

  2. Berapakah peluang pekerjaan yang telah berjaya diwujudkan di Selangor dan jenisnya dari 2008 hingga 2012?

  3. Apakah skim latihan atau insentif untuk membantu meningkatkan kemahiran belia?

73) AIR PERCUMA UNTUK PENDUDUK DI PANGSAPURI

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah diambil oleh kerajaan negeri untuk memastikan semua penduduk di pangsapuri dapat menikmati air percuma?

  2. Berapa jumlah penduduk pangsapuri yang belum menikmati air percuma?

  3. Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap pengguna air yang mendakwa kerajaan negeri di mahkamah kerana tidak dapat menikmati air percuma?

74) PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar pembangunan luar bandar sejak lima tahun yang lalu?

  2. Apakah projek dan program inovatif untuk pembangunan kawasan luar bandar di Selangor?

  3. Apakah kemajuan yang telah dijana khasnya di kawasan Hulu Selangor?

75) TEKNOLOGI MAKLUMAT

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Dalam perancangan Kerajaan supaya masyarakat celik I.T, setakat ini berapakah pemancar jalur lebar yang telah dilaksanakan. Perincikan mengikut kawasan-kawasan.

76) SEKTOR KEUSAHAWANAN SOSIAL

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memberdayakan golongan wanita dalam sektor keusahawanan sosial dan menyediakan peluang untuk wanita terlibat dalam penggubalan dasar dan pembuat keputusan dalam syarikat - syarikat anak Kerajaan Negeri ?

77) PELABURAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperolehi oleh Negeri Selangor sehingga bulan September 2012 mengikut pecahan daerah?

  2. Sila nyatakan bagaimanakah prestasi Negeri Selangor dalam memperolehi pelaburan tempatan dan luar Negeri bagi 9 bulan yang pertama tahun 2012 secara perbandingan dengan Negeri-negeri lain?

  3. Sila nyatakan berapakah peluang pekerjaan yang berjaya diwujudkan bagi tahun 2012 dan apakah unjuran dan sasaran jumlah pelaburan Negeri Selangor bagi pecutan akhir tahun 2012 ?

78) JAWATAN DATUK BANDAR DAN YANG DIPERTUA PBT

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini penukaran jawatan Datuk Bandar MBPJ yang dilakukan secara mengejut?

  2. Siapakah yang mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan jawatan Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT?

  3. Apakah garis panduan ataupun proses yang diguna pakai untuk (b) di atas?

79) ASET KOMERSIL PKNS

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dikatakan menjual semua aset bangunan komersialnya. Adakah dakwaan ini benar dan apakah tujuan penjualan aset-aset komersil ini?

  2. Nyatakan aset-aset komersil yang terlibat dengan penjualan dan nilainya?

  3. Apakah kesan penjualan ini terhadap matlamat PKNS membantu pembangunan sosioekonomi Bumiputera?

80) PERUMAHAN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah Dasar Kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan perumahan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana?

  2. Siapakah agensi yang dipertanggungjawabkan melaksanakan tanggungjawab tersebut?

  3. Berapakah jumlah rumah yang telah dibina dari tahun 2008 sehingga 2011 untuk golongan tersebut?