Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

91) PEMBERIAN HAMPER

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Siapakah kontraktor yang telah digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk membekalkan barangan hamper untuk Hari Raya dan Deepavali tahun 2012 yang diagihkan kepada semua DUN? Adakah kontraktor ini dipilih secara tender terbuka?

  2. Berapakah kos yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk program ini?

92) SUMBANGAN LEMBU OLEH KERAJAAN UNTUK HARI RAYA KORBAN 2012

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Berapakah lembu yang kerajaan telah sumbang untuk Hari Korban tahun 2012 dan tahun 2011? Sila nyatakan jumlah harganya berapa?

  2. Pembelian lembu ini melalui tender terbuka atau rundingan terus

  3. Siapakah pembekal?

93) PRESTASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Berdasarkan perkembangan kawasan dan penduduk, adakah boleh diwujudkan kawasan PBT baru di Selangor?

  2. Nyatakan lima PBT terbaik di Selangor, kriterianya dan cara memantau prestasinya?

  3. PBT manakah di Selangor yang telah mendapat anugerah tertentu hasil kualiti perkhidmatan mereka dan kaedah untuk mengekalkan pencapaian?

94) PROGRAM MIKROKREDIT

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Sehingga kni berapa ramai pemohon telah diluluskan mengikut kawasan DUN?

  2. Berapa jumlah pinjaman keseluruhan yang telah diluluskan?

95) PENILAIAN HARTA TANAH MILIK TALAM

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan tanah-tanah milik TALAM yang diambil alih oleh Negeri?

  2. Nyatakan nilai-nilai asal harta tanah tersebut dan nilai selepas pengambilalihan dan Apakah faktor-faktor yang menyebabkan nilai-nilai harta tanah tersebut meningkat tinggi?

  3. Apakah harga penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta ke atas setiap aset yang diterima dalam kertas putih? Laporan AG menyatakan kedudukan kewangan unisel kurang baik, berapa banyakkah yang mereka telah terima dari transaksi dengan Talam ?

96) ARAK

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Terdapat percanggahan antara enakmen Agama Islam dan undang-undang PBT berhubung dengan penjualan arak. Apakah pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam merealisasikan masalah ini.

97) PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah - langkah proaktif yang diambil Kerajaan Negeri untuk mempergiatkan pembinaan rumah mampu milik yang bersepadu dan apakah insentif untuk menarik syarikat swasta untuk terlibat dalam usaha ini ?

98) SKIM TAWAS

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah ahli yang telah berdaftar dalam skim ini? Sejak pelancaran program Jom Shopping untuk Skim TAWAS, berapakah jumlah ahli skim tersebut yang mendapat manfaatnya?

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan dan dibelanjakan untuk program Jom Shopping tersebut?

99) PENTERNAKAN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan kawasan yang dikenal pasti dan dizonkan sebagai zon industri penternakan mengikut pecahan daerah dan apakah perancangan kerajaan negeri bagi mengatasi penternakan dalam kawasan bandar khasnya untuk daerah Gombak?

  2. Apakah peratusan sumbangan bidang penternakan Negeri Selangor terhadap pasaran tempatan dan luar negara mengikut kategori penternakan bagi tahun 2007-2012?

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi memodenkan dan mengembangkan industri penternakan di Negeri Selangor dan jenis insentif yang disediakan kepada penternak-penternak?

100) PENGARUH SYIAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah ancaman pengaruh syiah di Selangor?

  2. Adakah syiah dikategorikan ajaran sesat dan nyatakan statistik mereka yang yang terlibat?

  3. Apakah tindakan kerajaan negeri untuk mengukuhkan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah di Selangor?