Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

101) PELABURAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperoleh oleh Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat bagi tahun 2010 secara perbandingan dengan tahun pertama 2008 dan tahun kedua 2009,mengikut pecahan daerah ?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah prestasi dan kedudukan Negeri Selangor dalam memperoleh pelaburan bagi tahun 2010 secara perbandingan dengan negeri-negeri lain ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah kelemahan yang telah dikenal pasti dan langkah-langkah proaktif yang bakal diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha menarik lebih ramai pelabur ke Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

102) PADAT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah program yang dilaksanakan dalam pemeliharaan dan promosi warisan Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapa kali lembaga pengarah PADAT bermesyuarat dalam tahun 2010 dan apakah hasilnya?

    Klik jawapan »

  3. Apakah pelan dalam penyiapan muzium timah di bangunan Gading Raja Abdullah di Kelang?

    Klik jawapan »

103) PENUTUPAN IKYS

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) Bagan Terap yang telah ditutup mendapat bantahan banyak pihak sehingga dibincangkan usul pembukaan semua. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membuka semula Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah status para pelajar yang telah dipindahkan ke kolej INPENS?

    Klik jawapan »

  3. Adakah semua pelajar yang terbabit dapat meneruskan latihan menurut bidang mereka?

    Klik jawapan »

104) AGENDA RAKYAT SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri telah memberikan penyataan dasar tentang Agenda Rakyat Selangor 2011-2013. Apakah perincian agenda tersebut dalam bentuk pelan tindakan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri memperuntukkan bajet tertentu untuk melaksanakan agenda tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kayu ukur untuk memastikan agenda tersebut berjaya?

    Klik jawapan »

105) PERNIAGAAN UPTOWN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Didapati ramai peniaga uptown di Puncak Alam gulung tikar akibat kadar sewa yang tinggi dan kekurangan pengunjung. Apakah langkah kerajaan untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

  2. Setakat ini bagaimanakah prestasi perniagaan di tapak-tapak uptown kawasan lain?

    Klik jawapan »

106) KES DEMAM DENGGI DAN TINDAKAN OLEH KERAJAAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Setakat bulan Disember tahun 2010, berapakah jumlah kes demam denggi yang di laporkan dan taburannya mengikut daerah ?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kes maut yang di laporkan dan taburannya mengikut daerah

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah pencegahan yang dan akan di lakukan bagi mengatasi atau mengurangi kes denggi di Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

107) PERANCANGAN UNTUK PENDUDUK PPR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Perumahan PPR adalah rumah transit , yang sepatutnya diduduki sehingga penyewa berkemampuan membeli rumah kos rendah dengan sendirinya . Berapa lamakah penyewa masih menduduki rumah PPR Seksyen 8 Kota Damansara dan rumah Putra Damai , Lembah Subang

    Klik jawapan »

  2. Apakah sebab utama mengapa penduduk masih menduduki rumah PPR dan tidak berpindah ke rumah mereka sendiri?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk memastikan rumah transit PPR ini tidak menjadi penempatan tetap penduduk?

    Klik jawapan »

108) KONTRAK-KONTRAK KERJA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peluang-peluang kontrak kerja daripada Majlis-majlis Bandaraya dan Perbandaran diberikan kepada rakyat Selangor mengikut kaum bagi tahun 2008, 2009 dan 2010?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah kontrak kerja Kelas F khas bagi kaum Bumiputra sahaja masih wujud di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memberikan kontrak-kontrak kerja kepada semua tanpa mengira kaum?

    Klik jawapan »

109) BALKIS

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah status tuntutan kerajaan terhadap pembubaran BALKIS sebagai pertubuhan dan pengeluaran wang secara tidak sah?

  2. Apa yang berlaku kepada asrama yang digunakan oleh BALKIS sebelum ini menempatkan pelajar-pelajar?

110) BADAN PENERANGAN NEGERI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri telah memperuntukkan kira-kira RM 15 juta dalam Bajet 2011 untuk badan penerangan negeri dan komunikasi termasuk penerbitan akhbar ÒSelangorkiniÓ. Apakah impak positif penerangan negeri terhadap kesejahteraan rakyat Selangor?

  2. Apakah penerbitan akhbar ÒSelangorkiniÓ dapat membina minda rakyat Selangor?

  3. Senaraikan syarikat-syarikat yang terlibat dalam program penerangan kerajaan negeri dan berapakah kos yang diperuntukkan?