Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

131) PROGRAM PEMBANGUNAN SUMBER BARU

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri bercadang untuk melaksanakan program pembangunan sumber baru dan kepelbagaian bio. Apakah status program pembangunan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah program ini dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri?

    Klik jawapan »

  3. Apakah manfaat langsung program ini kepada rakyat?

    Klik jawapan »

132) NAIK TARAF JALAN BANTING KG SRI JUGRA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peruntukan pembangunan naik taraf jalan tersebut ?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah kerja-kerja tersebut di pecahkan kepada tawaran 5 syarikat sedangkan ianya adalah hanya melibatkan sebatang jalan sahaja. Mengapa ini berlaku?

    Klik jawapan »

133) TABUNG CEGAH JENAYAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri ada bercadang menubuhkan Tabung Cegah Jenayah dengan meminta sumbangan pihak pemaju swasta sebagai melaksana tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bagaimanakah status tabung tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah pemaju yang telah menyumbang dan berapakah nilai sumbangan mereka?

  3. Apakah bentuk-bentuk program yang akan dibiayai oleh tabung ini?

134) PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan nama syarikat yang terlibat dalam Projek Pembersihan Sungai Klang dan berapa peratusan kerja telah disiapkan serta dijalankan di tapak tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah jadual kerja Projek Pembersihan Sungai Klang dan bilakah projek ini dijangkakan akan disiapkan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah mekanisme yang diwujudkan bagi memastikan Projek Pembersihan Sungai Klang dapat dilaksanakan secara telus serta bertanggungjawab kepada rakyat?

    Klik jawapan »

135) JAMBATAN DAN KUARTERS JPS RUNTUH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan Pejabat Tanah dan Galian di muka surat 57: Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memperbaiki kelemahan aktiviti pengambilan pasir di Sungai Semenyih?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah bagi memperbaiki kelemahan pengurusan dan pemantauan agensi-agensi yang terbabit?

    Klik jawapan »

  3. Apakah jenis-jenis kerosakan akibat daripada hakisan tanah dan berapakah kerugiannya di segi kos?

    Klik jawapan »

136) MASALAH HARGA RUMAH YANG MELAMPAU TINGGI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah punca sebenar yang menyebabkan harga rumah di Negeri Selangor khususnya di Lembah Klang semakin melampau tinggi ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang yang bakal dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mengawal fenomena kenaikan harga rumah yang melampau tinggi dan berleluasa ini ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan melalui PKNS bagi membina rumah mampu milik khusus untuk golongan pertengahan dan bawahan supaya mereka juga mampu memiliki rumah ?

    Klik jawapan »

137) PROJEK MRT SG BULUH-KAJANG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah pendirian kerajaan terhadap projek MRT Sg Buluh - Kajang?

    Klik jawapan »

  2. Apakah jabatan negeri yang terlibat dalam perancangan projek ini?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan melakukan pengambilan tanah di Bandar Kajang di mana pemilik-pemilk telah membantah perobohan kedai untuk memberi laluan kepada pembinaan MRT?

    Klik jawapan »

138) AIR PERCUMA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri telah memperkenalkan insentif air percuma 20m. padu pertama untuk setiap meter individu. Berapakah kos yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan negeri atau anak syarikatnya untuk membiayai skim ini sejak 2008 hingga sekarang?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah Kerajaan negeri mampu meneruskan skim ini tanpa mendatangkan risiko terhadap kewangan negeri?

    Klik jawapan »

  3. Adakah skim air percuma ini mampu mendidik rakyat untuk berjimat dalam penggunaan air?

    Klik jawapan »

139) LAPORAN PERBELANJAAN PENGERUSI JKKKN/KETUA KAMPUNG NEGERI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Berapakah Elaun Ketua Kampung dan Berapakah Elaun mesyuarat Ketua Kampung ?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah Peruntukkan Ketua Kampung untuk program yang di jalankan oleh setiap kampung ?

    Klik jawapan »

  3. Siapakah yang memantau perlaksanaan dan perbelanjaan tersebut serta apakah contoh program yang di jalankan ?

    Klik jawapan »

140) PERIKANAN DAN NELAYAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Golongan nelayan dilihat tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak kerajaan negeri. Apakah ada program bantuan yang khusus untuk golongan tersebut di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah strategi kerajaan negeri untuk memastikan perairan negeri sentiasa kaya dengan hasil laut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan kerajaan negeri untuk memastikan perairan negeri selamat untuk aktiviti para nelayan?

    Klik jawapan »