Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

151) PELANCONGAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam 2011 untuk meningkatkan kemasukan pelancong-pelancong ke Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah peruntukan kewangan yang telah diluluskan dalam tahun 2011 oleh Kerajaan Negeri Selangor jika ada untuk menyediakan kemudahan-kemudahan tempat pelancongan di Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

  3. Sila senaraikan jumlah peruntukan tersebut mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor

    Klik jawapan »

152) SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 3 PEMERINTAHAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Baru-baru ini telah diadakan majlis sambutan ulang tahun ke-3 Pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor. Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah Kerajaan Negeri belanjakan untuk menganjurkan program tersebut?

    Klik jawapan »

153) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Di Negeri Selangor masih terdapat banyak projek perumahan terbengkalai yang masih belum dapat dipulihkan. Berapakah jumlah terkini projek perumahan terbengkalai tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyakkah projek perumahan terbengkalai yang berjaya dipulihkan sejak tahun 2008?

    Klik jawapan »

  3. Bagi projek perumahan terbengkalai yang berjaya dipulihkan tersebut, sila nyatakan :- i) Kaedah yang diguna pakai bagi memulihkannya? ii) Sumber kewangan bagi pemulihannya?

    Klik jawapan »

154) PERLANTIKAN DATUK BANDAR/YDP UNTUK PBT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Berapakah Datuk Bandar/YDP untuk PBT yang telah ditukar sejak 2008?

    Klik jawapan »

  2. Apakah proses pelantikan YDP yang baru di PBT?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan melantik ahli politik menerajui jawatan ini? Sila berikan butir-butir.

    Klik jawapan »

155) MERAKYATKAN EKONOMI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Sehingga 31 Disember 2010 berapa banyak kos yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk program merakyatkan ekonomi ?

    Klik jawapan »

  2. Dapatkah perbelanjaan itu dipecahkan mengikut program MES ?

    Klik jawapan »

  3. Berapa ramai rakyat Selangor yang telah menikmati program-program dalam Mes, sila pecahkan mengikut program ?

    Klik jawapan »

156) ISU PERJAWATAN DI MPAJ

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Dalam apakah keadaan seorang pegawai boleh memegang 2 jabatan selama 2 tahun?

    Klik jawapan »

  2. Selepas ADN Teratai membangkitkan masalah perjawatan di MPAJ pada sidang dewan tahun lepas bulan November, apakah tindakan yang pernah diambil. Sila lampiran laporan siasatan.

    Klik jawapan »

157) AHLI MAJLIS

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Ahli Majlis diberi tempoh tertentu untuk menduduki sesuatu jawatankuasa di setiap PBT. Berapakah tempoh yang biasa untuk jawatankuasa tender, sebut harga dan OSC ?

    Klik jawapan »

  2. Kenapakah di sesetengah PBT contohnya di MPSJ ia tidak ditukar secara bergilir-gilir bagi memastikan ketelusan diamalkan ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah pekeliling seperti itu ada dikeluarkan dan kenapa ia tidak dipatuhi ?

    Klik jawapan »

158) LAPORAN AUDIT YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Yayasan Selangor yang menghadapi masalah dan dakwaan penyelewengan melalui proses audit dan laporannya dikatakan telah siap. Apakah kedudukan laporan audit tersebut?

  2. Bilakah laporan tersebut akan didedahkan kepada rakyat Selangor?

  3. Adakah kerajaan negeri bersedia mengambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab jika wujud bukti penyelewengan?

159) KONTRAKTOR ALAM FLORA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Didapati pelantikan kontraktor untuk kerja-kerja di bawah Alam Flora telah tertangguh. Kenapakah perkara penangguhan ini berlaku?

    Klik jawapan »

  2. Adakah penangguhan ini menjejaskan kualiti perkhidmatan pengurusan sampah di PBTPBT?

    Klik jawapan »

160) SKIM KREDIT MIKRO

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri telah memperkenalkan Skim Kredit Mikro (SKIMSEL) dan Skim Kredit Mikro Miskin Bandar (MIMBAR Selangor). Apakah status semasa skim-skim tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bilangan penerima setakat ini mengikut daerah dan bagaimanakah profil mereka?

    Klik jawapan »

  3. Adakah skim ini berhadapan dengan masalah pembayaran balik?