Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

171) JUMLAH KADAR JENAYAH DI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kes-kes ragut dan rogol mengikut daerah bagi tahun 2008, 2009 dan 2010 di Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

  2. Sila berikan senarai kes-kes tersebut mengikut peratus bagi setiap bangsa Melayu, Cina dan India

  3. Apakah langkah-langkah yang telah dan akan di ambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah rogol dan ragut ini ?

    Klik jawapan »

172) PELAKSANAAN GAJI MINIMA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Pusat dan Kementerian Sumber Manusia telah bergerak ke hadapan dengan serius untuk melaksanakan gaji minima untuk pekerja . Pihak Kerajaan Negeri masih berlengah dan gagal menyediakan suatu mekanisme ke arah mengimplementasikannya di Selangor. Apakah status cadangan Kerajaan Negeri untuk mengimplementasikan gaji minima ini di semua anak-anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC)

    Klik jawapan »

173) MASJID PEKAN DENGKIL

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan 3 juta sejak 2009 dan kerajaan negeri 2 juta bagi pembinaan masjid di Pekan Dengkil. Bilakah projek tersebut akan dimulakan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah akan dibina di tapak sedia ada atau tapak yang baru?

    Klik jawapan »

174) DATUK BANDAR, YANG DIPERTUA & PEGAWAI-PEGAWAI DAERAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor mengamalkan sistem ÒKPIÓ bagi kesemua Datuk Bandar, Yang DiPertua Majlis dan Pegawai-Pegawai Daerah?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Rakyat Negeri Selangor berpuas hati dengan kerja-kerja serta tindakantindakan kesemua Datuk Bandar, Yang DiPertua Majlis dan Pegawai-Pegawai Daerah?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menangani Datuk Bandar, Yang DiPertua dan Pegawai Daerah yang masih degil serta tidak mahu bekerja keras?

    Klik jawapan »

175) BANTUAN KEPADA PELAJAR SELANGOR DI MESIR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramai pelajar Selangor di Mesir bawah tajaan kerajaan negeri Selangor dan kursus yang diikuti?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bantuan oleh kerajaan Selangor, yang diberi kepada mereka ketika keadaan bergolak di Mesir dan berapakah jumlah peruntukkan bagi membantu pelajar untuk menyambung semula pelajaran di Mesir?

176) PELANCONGAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah pelancong asing yang datang ke negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2010 dan dari negara manakah datangnya pelancong-pelancong tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah pendapatan kerajaan negeri yang hasil dari pelancongan?

  3. Apakah usaha-usaha terkini kerajaan bagi meningkatkan kemasukan pelancong?

177) SKIM MIKROKREDIT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini kejayaan skim ini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah perancangan kerajaan negeri dalam membantu mereka yang terlibat agar lebih maju dalam bidang yang di ceburinya?

    Klik jawapan »

178) LOGO 1 MALAYSIA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) didapati tidak membenarkan penggunaan logo 1 Malaysia dipapan iklan atau papan niaga. Apakah rasional larangan tersebut ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri sedar bahawa hak dan kebebasan penggunaan apa-apa bentuk lambang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan ?

    Klik jawapan »

  3. Tidakkah larangan ini bercanggah dengan slogan " Kebebasan " yang dilaungkan Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

179) MAJLIS PENGANGKUTAN SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri menubuhkan Majlis Pengangkutan Selangor. Bagaimanakah status terkini dan sumbangan Majlis Pengangkutan ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah fungsi dan skop Majlis ini berbanding Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)?

    Klik jawapan »

180) MEMBANTU RAKYAT DI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Dalam kesungguhan Kerajaan membantu rakyat di Negeri Selangor untuk memiliki tapak kediaman( Tanah Lot) : Tidak kah premium (Notis 5A) yang dikeluarkan mengikut nilaian tanah harga semasa itu agak tinggi dan membebankan rakyat?

    Klik jawapan »

  2. Masa pembayaran Notis 5A yang diberikan selama 3 bulan dan tambahan 1 bulan itu juga membebankan rakyat. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah ini dalam konteks membantu rakyat miskin di Negeri Selangor.

    Klik jawapan »