Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

191) ISU BERKAITAN AGAMA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah wujud sikap berat sebelah di dalam isu yang melibatkan YB Teo Nie Ching dan YB Kamalanathan masuk ke masjid / surau?

  2. Apakah status fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang membolehkan bukan Islam masuk ke masjid?

  3. Atas prinsip perkongsian nilai-nilai murni dalam pelbagai agama, adakah kemungkinan untuk kita membentuk pasukan khas pelbagai agama menangani masalah sosial secara bersama?

192) PRESTASI KEWANGAN PNSB

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan Menteri Besar (Pemerbadanan) di muka surat 120: Berapakah yang dibelanjakan oleh syarikat bagi menaja majlis makan malam tahunan bagi tahun 2007?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah yang dibelanjakan oleh syarikat bagi menaja hari keluarga bagi tahun 2007?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah yang dibelanjakan oleh syarikat bagi menaja program BALKIS dan pecahan-pecahannya bagi tahun 2007?

    Klik jawapan »

193) PASUKAN POLIS BANTUAN PBT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan bagaimanakah perkembangan terkini rancangan dan usaha Kerajaan Negeri melalui PBT untuk menubuhkan pasukan Polis Bantuan ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan pihak Kerajaan Negeri terpaksa mengambil inisiatif untuk menubuhkan pasukan Polis Bantuan ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan pihak Kerajaan Negeri terpaksa mengambil inisiatif untuk menubuhkan pasukan Polis Bantuan ?

    Klik jawapan »

194) KEMUDAHAN BAGI PENDUDUK DI SUNGAI TANGKAS, BANGI, KAJANG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Kawasan Sungai Tangkas membangun dengan pesat. Banyak pertambahan kediaman dan institusi berkembang. Bilakah jambatan merentas jalan kereta api dari Sungai Tangkas ke jalan utama Kajang-Bangi dapat disiapkan?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah sekolah-sekolah menengah, sekolah rendah dan sekolah agama dapat dibina bagi kemudahan penduduk?

    Klik jawapan »

  3. Kawasan yang pesat membangun ini masih belum mempunyai masjid. Bilakah sebuah masjid dapat didirikan di Sungai Tangkas.

    Klik jawapan »

195) KADAR JUMLAH PELANCONG KE SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramaikah pelancong dari luar negara dan domestik yang telah melawat Selangor pada tahun 2010 dan adakah ianya menunjukkan pertambahan dari tahun sebelumnya ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah strategi dan langkah-langkah baharu yang di rancangkan untuk menarik lebih ramai pelancong melawat Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah hasil pendapatan Negeri Selangor yang di perolehi dari sumber pelancongan ini sejak 5 tahun kebelakangan ini dan huraikan menurut tahunnya?

    Klik jawapan »

196) PERBELANJAAN PENYENGGARAAN JKR SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Merujuk kepada jawapan JKR Selangor dalam sesi yang lalu, JKR Selangor telah menerima peruntukkan sebanyak RM 70juta untuk tahun 2009 dan RM 30juta untuk tahun 2010 untuk tujuan penyelenggaraan jalan oleh konsesi dan JKR Daerah daripada Kerajaan Pusat. Walaupun adanya peruntukkan tersebut, tetapi kenapakah pihak JKR Daerah dan JKR Selangor mengatakan tiadanya bajet apabila diseru menyelenggara kerosakan jalan dan lampu di Jalan Lapangan Terbang dan Jalan Shah Alam Ð Subang Ð Sg.Buloh

    Klik jawapan »

197) LOGO 1 MALAYSIA DILARANG GUNA PAKAI DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Adakah logo 1 Malaysia menggugat kedudukan Kerajaan Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

  2. Jika tidak, kenapa logo 1 Malaysia tidak boleh diguna pakai di Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap Ahli Mesyuarat Kerajaan yang bertanggung dalam isu ini ?

    Klik jawapan »

198) PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah longkang-longkang yang tersumbat di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan ?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah peruntukan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam tahun 2011 jika ada untuk kerja-kerja membaik pulih kerosakan longkang dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor ?

  3. Sila senaraikan Jumlah Peruntukan Kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam tahun 2011untuk membaiki kerosakan longkang tersebut mengikut Majlis-Majlis Perbandaran dan Majlis- Majlis Daerah di Negeri Selangor ?

199) SEKTOR PELANCONGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Dewasa ini sektor Pelancongan merupakan satu industri yang boleh menghasilkan pendapatan kepada rakyat dan negeri am nya. Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mempromosikan Negeri Selangor untuk menarik pelancong dan pelabur bagi merancakkan ekonomi Kerajaan Negeri.

    Klik jawapan »

200) PENDAPATAN PER-KAPITA PARA PENDUDUK DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah pendapatan per-kapita mengikut kaum di Negeri Selangor bagi tahun 2008, 2009 & 2010?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah pengangguran mengikut komposisi kaum di Negeri Selangor bagi Tahun 2008, 2009 & 2010?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi mengatasi masalah pengangguran tersebut?

    Klik jawapan »