Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

221) PROJEK CEKAL RAYA SDN BHD

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan Pejabat SUK di muka surat 92-94: Apakah faktor-faktor yang menyebabkan Kerajaan Negeri masih belum menerima pulangan sepenuhnya seperti yang telah ditetapkan dalam kelulusan projek penswastaan ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi kelemahan ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah sebab-sebab boleh berlaku ketiadaan perjanjian bagi membolehkan tindak-tanduk pemaju dikawal?

    Klik jawapan »

222) KEMBALIKAN HAK AIR KEPADA RAKYAT NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini proses rundingan penstrukturan air Negeri Selangor dengan syarikat konsesi dan Kerajaan Persekutuan selepas kempen tersebut dijalankan ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan setakat manakah kefahaman dan kesedaran rakyat Negeri Selangor selepas dan sebelum kempen tersebut dijalankan ?

    Klik jawapan »

  3. Sila huraikan tindakan susulan yang bakal diambil oleh pihak Kerajaan Negeri sekiranya pihak syarikat konsesi masih berkeras dan enggan menerima tawaran penstrukturan semula industri air dari Kerajaan Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

223) BANJIR LUMPUR DI TAMAN BUKIT PERMAI, KAJANG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Penduduk di Taman Bukit Permai di atas membuat aduan tentang banjir lumpur dan kerosakan infrastruktur dan rumah akibat dari projek pembinaan perumahan berhampiran taman mereka. Adakah sebarang kebenaran diberikan kepada syarikat perumahan berkenaan menggunakan jalan taman perumahan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Adakah jalan alternatif disediakan supaya tidak mengganggu penduduk Taman Bukit Permai?

    Klik jawapan »

  3. Adakah usaha dilakukan bagi membaiki kerosakan yang dialami penduduk?

    Klik jawapan »

224) PERANAN JMB

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Apakah peranan sebenar yang di mainkan oleh Badan Pengurusan Bersama atau JMB dalam menangani masalah penduduk-penduduk rumah bertingkat dan berapa jumlah serta lokasi nya di DUN Meru ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah peranan Commissioner of Building (COB) dan bagaimana ianya boleh menyumbang ke arah memperbaiki taraf kehidupan penduduk rumah bertingkat ?

    Klik jawapan »

225) PEMAJU PERUMAHAN YANG DISENARAI HITAMKAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Terdapat beberapa pemaju perumahan yang masih gagal menyiapkan projek perumahan dan infrastruktur untuk rakyat. Mereka masih berlengah kerana para lembaga pengarahnya masih beroperasi atas nama syarikat yang baru dengan membangunkan kawasan lain . Senaraikan syarikat-syarikat pemaju dan lembaga pengarahnya yang pihak Kerajaan Negeri telah menyenaraihitamkan sehingga kini .

    Klik jawapan »

  2. Apakah polisi atau garis panduan yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri sekarang untuk memastikan pihak pemaju tidak menyeleweng dan menipu pembeli rumah?

    Klik jawapan »

226) NAMA JALAN-JALAN UTAMA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor masih belum menamakan beberapa jalan-jalan utama menggunakan nama tokoh-tokoh daripada PARTI DAP, Pas dan juga PKR?

    Klik jawapan »

  2. Apakah sebab-sebab Jalan Barat di Petaling Jaya telah berjaya ditukar oleh Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menamakan lebih banyak nama-nama jalan utama yang diambil daripada nama tokohtokoh Parti DAP, PAS & PKR?

    Klik jawapan »

227) SELANGOR KINI DIPALSUKAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan terhadap pihak yang menerbitkan, mengedar serta merujuk akhbar Selangor Terkini untuk memfitnahkan kerajaan Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana kerajaan menangani penerbitan haram yang menggunakan logo kerajaan negeri?

    Klik jawapan »

228) TANAH RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak bidang tanah yang telah diberi kepada rumah ibadat selain Islam sejak tahun 2008 dan apakah prosedur dan masalah yang disering dihadapi oleh kerajaan semasa memproses permohonan tanah ini?

    Klik jawapan »

229) HARGA KOMODITI TINGGI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Hasil komoditi seperti Padi, Getah dan Kelapa Sawit agak tinggi pada waktu ini. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan pada masa ini( ketika harga melambung tinggi) bagi menghadapi kemungkinan harga akan menjunam jatuh satu masa nanti?

    Klik jawapan »

  2. Kebanyakan petani atau pekebun kecil Kelapa Sawit, Getah dan Padi terdiri dari kalangan orang-orang lama, bagaimanakah cara bagi untuk menggalakkan anak-anak muda dan kesedaran bahawa ÒPertanian adalah sumber PerniagaanÓ, apakah langkahlangkah yang diambil supaya golongan muda turut serta dalam sektor ini.

    Klik jawapan »

230) KERJA-KERJA PEMBANGUNAN DI BAWAH DUN TERATAI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Adakah PBT bertanggungjawab untuk memaklumkan pihak ADN tentang segala projek pembangunan di bawah DUN Teratai?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan sebab-sebab PBT tidak perlu memberi makluman

    Klik jawapan »