Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

231) LESEN INDUSTRI BURUNG WALIT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah hasil lesen burung walid yang dikutip mengikut pecahan PBT daripada tahun 2007-2011

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan kadar lesen burung walid mengikut PBT untuk tahun 2011

    Klik jawapan »

  3. Badan manakah yang bertanggungjawab terhadap segala pemantauan dan juga aduan awam dalam pengurusan industri burung walid?

    Klik jawapan »

232) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan Majlis Perbandaran Kajang di muka surat 34: Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menetapkan jenis lori kutipan yang digunakan oleh AFSB?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menetapkan NTC yang dikeluarkan adalah berdasarkan kepada kuantum kesalahan yang dilakukan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mewujudkan sistem pengesahan kekerapan kutipan sampah yang telah dibuat?

    Klik jawapan »

233) JALAN PERSEKUTUAN 5

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan bilakah masalah kekurangan lampu jalan dan pemisah jalan khususnya dari kilang BERNAS hingga Ke Balai Bomba Sekinchan dapat diselesaikan

    Klik jawapan »

  2. Apakah punca sebenar yang menyebabkan pihak Kerajaan Persekutuan lambat bertindak terhadap masalah permukaan jalan yang berlekuk-lekak di sepanjang jalan Persekutuan 5 ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan nama kontraktor yang dipilih untuk menjalankan kerja-kerja penyenggaraan jalan Persekutuan 5 dan berapakah jumlah peruntukan tahunan bagi tujuan tersebut ?

    Klik jawapan »

234) PERUNTUKAN INFRASTRUKTUR SETIAP AHLI DEWAN NEGERI SELANGOR (ADNS)

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM 1 juta bagi setiap ADNS bagi meningkatkan infrastruktur di kawasan masing-masing. Dari manakah sumber peruntukan ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah prosedur bagi menggunakan peruntukan ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah yang diharapkan dari peruntukan istimewa ini ?

    Klik jawapan »

235) MEKANISMA PEMBERIAN KONTRAK BARU KEPADA KONTRAKTOR TEMPATAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Apakah mekanisme atau sistem yang di pakai bagi pemberian kontrak yang di amalkan oleh Majlis Perbandaran Klang atau Alam Flora untuk pembersihan longkang, pembuangan sampah dan pemotongan rumput di Meru ? Bukan sahaja perkhidmatan kontraktor-kontraktor tersebut tidak memuaskan malah majoriti kontraktor yang mendapat kontrak tersebut adalah bukan dari kontraktor tempatan walaupun yang berdaftar dengan UPEN sekalipun

    Klik jawapan »

236) LALUAN BARU TREN MASS RAPID TRANSIT (MRT)

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Sejak kebelakangan ini , isu pembinaan tren MRT dari Sg.Buloh Ð Kota Damansara Ð Kajang hangat dibincangkan oleh ramai persatuan penduduk di sekitar laluan tersebut . Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awan Darat (SPAD) kini sedang adakan sesi maklum balas sehingga bulan Mei , 2011. Adakah pihak Kerajaan Negeri memberikan input dan pandangan kepada SPAD mengenai laluan dan pembinaan MRT ini ?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri ingin menyelesaikan masalah penduduk jika timbulnya isu-isu kesesakan trafik, pengambilan tanah, lokasi pembinaan apabila projek ini dimulakan pada bulan Julai nanti

    Klik jawapan »

237) LITTLE INDIA OF KLANG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor masih belum mengumumkan secara rasmi Kawasan Jalan Tengku Kelana, Klang sebagai Kawasan ÒLittle India of SelangorÓ sehingga ke hari ini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi mencantikkan serta menaiktaraf kemudahan-kemudahan awam di Kawasan Little India di Jalan Tengku Kelana Klang untuk menarik lebih ramai para pelancong pada masa hadapan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah Kawasan Little India di Jalan Tengku Kelana Klang tidak mempunyai sebuah Pintu Gerbang Utama dan kemudahan-kemudahan awam yang selesa bagi menonjolkan identiti Little India of Selangor?

    Klik jawapan »

238) BILLBOARD MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah bilangan billboard mengikut PBT yang memaparkan tentang usaha-usaha Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)?

    Klik jawapan »

  2. Apakah cara-cara promosi lain yang digunakan bagi menyampaikan maklumat MES kepada rakyat?

    Klik jawapan »

239) PENSWASTAAN TEMPAT LETAK KERETA PBT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan bercadang untuk mengarah PBT-PBT di Selangor untuk membatalkan konsesi penswastaan tempat letak kereta seperti yang dilakukan dalam penstrukturan semula industri air memandangkan konsesi ini telah mendatangkan lebih keburukan daripada kebaikan kepada PBT dan pembayar cukai?

    Klik jawapan »

240) TABUNG PEMULIHAN RUMAH KOS RENDAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peruntukan untuk Tabung Pemulihan Rumah Kos Rendah sejak dilancarkan dan berapakah jumlah unit rumah mendapat faedah darinya ?

    Klik jawapan »

  2. Sila terangkan kelayakan bagi mendapat peruntukan dari Tabung ini?

    Klik jawapan »

  3. Terangkan taburan kawasan-kawasan yang telah mendapat peruntukan dari Tabung ini?

    Klik jawapan »