Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

71) ISU BERKAITAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terkini di dalam rancangan penyerahan Tasik Kelana (bersebelahan SS7/24 dan SS 7/13) daripada MBPJ kepada PKNS yang sehingga kini masih tertangguh?

    Klik jawapan »

72) PENGELUARAN DAGING LEMBU

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan Jabatan Veterinar di muka surat 20-26: Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Jabatan untuk memenuhi objektif tahun 2009 yang tidak dicapai?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah pemantauan pendapatan penternak yang telah dilakukan oleh Jabatan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah program-program Jabatan dalam membimbing penternak supaya mematuhi standard kualiti MS ISO 9001:2008?

    Klik jawapan »

73) MUTU PERKHIDMATAN TENAGA NASIONAL BERHAD

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan terdapat banyak aduan yang menyatakan ketidakpuashatian terhadap mutu perkhidmatan TNB terutamanya sewaktu perayaan Tahun Baru Cina ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah punca sebenar masalah kekerapan gangguan pembekalan elektrik di DUN Sekinchan terutamanya sewaktu hari perayaan Tahun Baru Cina sejak beberapa tahun yang lalu ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah jaminan TNB terhadap kepuasan pengguna yang terpaksa membayar tarif elektrik yang tinggi setiap bulan tetapi perkhidmatan yang dijanjikan hanya indah khabar dari bayangan ?

    Klik jawapan »

74) PERUNDINGAN PROFESIONAL DAN AWAM

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan mewujudkan lembaga atau jawatankuasa perundingan profesional di pejabat menteri besar,Exco dan jabatan yang melibatkan sektor bukan kerajaan?

  2. Berapakah jumlah perbelanjaan perundingan atau pengupahan konsultan bagi pejabat menteri besar untuk tahun 2010?

75) SEJARAH KAMPUNG TRADISIONAL

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri ada bercadang untuk melaksanakan Projek Penyejarahan Kampung Baru. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk melaksanakan projek yang sama di kampungkampung tradisional?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rasional hanya kampung baru sahaja yang perlu didokumentasikan sejarahnya?

    Klik jawapan »

76) PEMBANGUNAN INSAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 7.8 juta untuk melaksanakan program pembangunan insan. Berapa jumlah program yang telah di laksana, kelompok sasar dan jumlah peserta yang dilatih?

    Klik jawapan »

  2. Apakah modul dan pendekatan untuk membangunkan modal insan ini?

    Klik jawapan »

77) PEMBIAYAAN TERHADAP ADUN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri didapati membiayai kos rawatan dan guaman masalah peribadi melibatkan ADUN-ADUN pihak kerajaan. Siapakah yang telah dibiayai dan kos yang telah dikeluarkan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah dari sudut moral dan etika, adakah kerajaan negeri patut membiayai kos-kos tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kesan positif kepada rakyat hasil daripada tindakan tersebut?

    Klik jawapan »

78) BANTUAN ZAKAT UNTUK WARGA PPR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Perumahan PPR di Seksyen 8 Kota Damansara dan Taman Putra Damai, Lembah Subang diduduki oleh keluarga-keluarga yang berpendapatan rendah . Berapakah bilangan keluarga yang menerima bantuan zakat di perumahan PPR Kota Damansara dan Putra Damai . Lembah Subang ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah pihak zakat mengenakan apa jua syarat khas untuk penduduk PPR ini untuk layak menerima bantuannya?

    Klik jawapan »

79) ISU HAKMILIK TANAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramaikah rakyat di Negeri Selangor yang telah menikmati pemberian Hak milik Tanah asal mengikut komposisi kaum bagi tahun 2008, 2009 & 2010?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kriteria-kriteria yang diguna pakai bagi meluluskan pemberian Hak milik Tanah tersebut?

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi mengelakkan penyalahgunaan tanahtanah yang telah diberikan tersebut?

80) RUMAH MAMPU MILIK (AFFORDABLE QUALITY HOUSING)

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha kerajaan ke arah setiap warga Selangor memiliki rumah termasuk orang bujang?

    Klik jawapan »