Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

91) USAHAWAN TANI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Pembangunan usahawan tani adalah salah satu agenda negeri dengan peruntukan RM 3.2 juta untuk pembangunan pertanian. Nyatakan bilangan usahawan tani mengikut daerah yang telah dibangunkan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bidang-bidang pertanian yang dijadikan fokus dan berdaya maju untuk diceburi ketika ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah strategi kerajaan untuk mengembangkan potensi usahawan tani?

    Klik jawapan »

92) AIR PERCUMA 20 METER PADU UNTUK RUMAH PANGSA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Bilakah kerajaan negeri dapat menjalankan sepenuhnya program air percuma 20 meter padu untuk rumah pangsa terutamanya kos rendah di seluruh Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos yang diperlukan untuk menjalankan air percuma 20 meter padu bagi rumah pangsa ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah halangan utama yang dihadapi untuk menjalankan penyaluran air percuma ini ?

    Klik jawapan »

93) JABATAN AUDIT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Adakah setiap projek yang dijalankan oleh PBT haruslah diaudit oleh Jabatan Audit?

    Klik jawapan »

  2. Kalau projek tidak diaudit apakah tindakan yang boleh diambil untuk menghukum pegawai yang bertanggungjawab?

    Klik jawapan »

94) RUNGUTAN RAKYAT TENTANG OSC

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Rungutan dari rakyat meningkat tentang kakitangan di Pihak Berkuasa Tempatan terutama di OSC yang tidak mesra pelanggan. Apakah semua kakitangan OSC ini pernah diberi kursus bersama? Jika tidak bilakah ianya akan dibuat?

    Klik jawapan »

95) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Mengapa peruntukan MARRIS tidak boleh digunakan di luar kawasan kawalan PBT?

    Klik jawapan »

96) ZON BERSIH PBT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Adakah sistem zon dan pertandingan ini berkesan untuk memastikan kebersihan kawasan PBT?

    Klik jawapan »

  2. PBT manakah yang telah memenangi pertandingan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah inisiatif lain untuk memastikan kawasan tadbiran PBT sentiasa bersih?

    Klik jawapan »

97) SEKATAN TERHADAP SUK SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. DATO' Setiausaha Kerajaan negeri adalah Ex-officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah mengangkat sumpah menyimpan rahsia, namun ada ura-ura beliau akan dihalang untuk menyertai mesyuarat tertentu. Apakah status sebenar dakwaan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Jika benar, apakah ini satu penghinaan terhadap status jawatan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Adakah ini membuktikan kerajaan negeri tidak telus dalam urusan pentadbiran selaras dengan slogan mereka?

    Klik jawapan »

98) TERNAKAN KERANG DAN KUPANG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah hasil pendapatan pengeluaran Kerang dan Kupang di Negeri Selangor dalam Tahun 2010 ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan lagi hasil Kerang dan Kupang khususnya di Perairan Pantai Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah bantuan dan sokongan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor jika ada untuk membantu nelayan-nelayan kecil tersebut supaya dapat meningkatkan hasil pendapatan mereka ?

    Klik jawapan »

99) WIFI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan kawasan yang telah dilengkapi dengan perkhidmatan WIFI mengikut PBT yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Polisi Merakyatkan Informasi Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Apakah sebab yang menyebabkan perkhidmatan WIFI ini hanya boleh disiapkan sepenuhnya pada tahun 2015?

    Klik jawapan »

  3. Apakah usaha yang akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan warga negeri supaya celik IT dan seterusnya menggunakan perkhidmatan WIFI ini dengan sebaiknya.

    Klik jawapan »

100) PENYENGGARAAN JALAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan MBSA di muka surat 113: Apakah sebab-sebab rancangan penyenggaraan jalan secara berkala tidak disediakan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah sebab-sebab daftar inventori penyenggaraan jalan tidak diselenggara?

    Klik jawapan »

  3. Apakah sebab-sebab tiada pemantauan dilakukan dan aduan yang diterima lewat diambil tindakan?

    Klik jawapan »