Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

91) BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyediakan bantuan semasa berlakunya kecemasan atau bencana alam. Adakah Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai polisi untuk menentukan jenis bencana atau kecemasan yang boleh diberikan bantuan ?

    Klik jawapan »

  2. Jika mangsa kecemasan atau bencana alam telah menerima bantuan dari punca yang lain, adakah permohonan mereka ke Jabatan Kebajikan Masyarakat akan ditolak?

    Klik jawapan »

92) HASIL SUMBER WAKAF

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan hasil sumber wakaf yang diterima oleh Majlis Agama Islam Selangor dalam tempoh 2007-2010

  2. Bagaimanakah hasil sumber wakaf diagihkan untuk membantu ekonomi dan kebajikan orang Islam. Senaraikan dengan terperinci

93) PROJEK NAIK TARAF JALAN RAYA DI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyak wang yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk menaik taraf jalan raya JKR Selangor sejak tahun 2008 mengikut daerah?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan semua projek naik taraf jalan raya yang telah berjalan di Selangor mengikut daerah dan sertakan saiz peruntukan projek masing-masing.

94) BANTUAN KESIHATAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyakkah bantuan Kesihatan bagi orang miskin setakat ini yang telah disalurkan kepada rakyat:- i. Mengikut bantuan kesihatan-mata (katarak), buah pinggang (dialisis) dan pembedahan kecil. ii. Bagi setiap daerah iii. Mengikut pecahan kaum

95) SKIM MIKROKREDIT SKIMSEL DAN MIMBAR SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Skim Mikrokredit SKIMSEL dan MIMBAR Selangor bertujuan untuk memberi pinjaman mikrokredit kepada usahawan mikro dalam dan luar bandar. Apakah benar dana daripada skim ini digunakan untuk tujuan selain daripada membantu usahawan mikro? Jika ada, sila jelaskan untuk apa dan berapakah nilainya.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos operasi pentadbiran dan pengurusan tahunan Skim Mikrokredit SKIMSEL dan MIMBAR Selangor?

    Klik jawapan »

96) JABATAN PERBANDARAN DAN KESIHATAN DI MPAJ

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Sila kemukakan semua projek dengan jumlah peruntukkan yang telah dijalankan oleh jabatan di atas pada tahun 2007, 2008, 2009 dan 2010. Sila nyatakan manakah projek yang dijalankan melalui tender terbuka dan manakan tidak

    Klik jawapan »

97) PENCERAMAH BERTAULIAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jumlah ulama serta penceramah yang telah diluluskan tauliah mengikut pecahan daerah daripada tahun 2007-2011.

    Klik jawapan »

  2. Apakah syarat-syarat yang diperlu dipenuhi bagi mendapat tauliah dan pihak manakah yang meluluskan permohonan?

    Klik jawapan »

98) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA PENDIDIKAN INDUSTRI YS SDN BHD (PIYS)

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan Ahli-ahli Lembaga PIYS bagi tahun 2010.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga PIYS bagi tahun 2010?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga PIYS bagi tahun 2010?

    Klik jawapan »

99) PROGRAM BANTUAN RUMAH KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan jumlah bilangan rumah yang dibina melalui program tersebut di seluruh Negeri Selangor sejak 3 tahun yang lepas mengikut susunan daerah dan pecahan kaum?

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan berapakah peruntukan tahunan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri melalui program tersebut dan dari manakah dana itu diperolehi?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah kriteria yang wajib dipenuhi oleh setiap pemohon bagi mendapatkan bantuan rumah Kerajaan Prihatin?

    Klik jawapan »

100) LAMPU JALAN ROSAK

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Lampu jalan selalu tidak berfungsi di jalan-jalan utama di Bandar Baru Bangi. Apakah masalah sebenar yang menyebabkan lampu-lampu jalan tidak berfungsi

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah hutang tidak dibayar oleh agensi-agensi berkenaan

    Klik jawapan »

  3. Adakah wajar kegagalan membayar tunggakan hutang elektrik, rakyat sebagai penggunaan dijadikan mangsa?

    Klik jawapan »