Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
1) LAMAN WEB RASMI KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah nilai tambah yang sedia dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mensinergikan laman-laman web ADUN seluruh Selangor dengan laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri ada rancangan untuk menghubungkan laman-laman web ADUN ke dalam laman web rasmi Kerajaan Negeri?
-
c) Adakah Kerajaan Negeri ada rancangan untuk menghubungkan laman-laman web ADUN ke dalam laman web rasmi Kerajaan Negeri?
2) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan semua projek-projek terbengkalai di DUN Teratai dan statusnya.
3) PRESTASI KUTIPAN HASIL NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan butiran terperinci mengenai jumlah kutipan hasil Negeri dari bulan Januari hingga 30 Jun 2011 mengikut pecahan daerah ?
-
Sila nyatakan apakah faktor-faktor dalaman dan luaran yang dikenalpasti mempengaruhi prestasi kutipan hasil Negeri Selangor ?
-
Sila nyatakan apakah langkah-langkah proaktif yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kutipan hasil Negeri Selangor ?
4) PENCEMARAN AIR DI TASIK CEMPAKA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Pada 9 Jun 2011 berlaku pencemaran air di Tasik Cempaka menyebabkan kematian hampir 30000 ikan. Apakah yang menyebabkan berlaku pencemaran di tasik berkenaan?
-
Apakah tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan Alam Sekitar?
-
Adakah kaedah bagi menghalang pencemaran terus berlaku?
5) JALAN BANDAR BUKIT SENTOSA HINGGA KE JALAN KESUMBA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Bertulis
-
Jalan Utama yang menghubungkan lebuh raya ( LLM Utara Selatan ) selepas tol Bukit Beruntung dengan Rasa melalui Bandar Bukit Sentosa sering rosak. Terutama antara jalan Bandar Bukit Sentosa hingga ke Jalan Kesumba. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membaiki jalan tersebut untuk jangka panjang ?
-
Mengapa Kerajaan Negeri tidak menyelenggara jalan tersebut sebaik-baiknya sesuai dengan jalan utama
6) HAKISAN TEBING SUNGAI
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Beberapa kejadian tanah runtuh telah berlaku akibatnya hakisan tebing sungai. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah hakisan di tebing sungai.
-
Adakah kerajaan negeri memperuntukkan perbelanjaan bagi mengatasi masalah hakisan tebing tersebut. Jika ada, berapakah jumlah peruntukan tersebut?
7) PUSAT TUISYEN RAKYAT
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Bertulis
-
Di mana Pusat Tuisyen tersebut di Dewan Undangan Negeri Dengkil?
8) JABATAN KERJA RAYA (JKR)
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan diberikan kepada JKR Negeri untuk menyelenggara lampu jalan di seluruh negeri pada tahun 2010?
-
Berapakah permohonan menambah lampu jalan bagi jalan negeri di Daerah Hulu Langat telah diluluskan pada tahun 2010 dan 2011 (sehingga bulan Jun)?
-
Berapakah tunggakan bil elektrik bagi lampu jalan di semua jalan negeri dengan mengikut daerah?
9) PERUNTUKAN KEPADA SJKT
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua sekolah SJKT yang telah menerima bantuan daripada kerajaan negeri dari tahun 2005 hingga 2011 setiap tahun.
10) INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM BANDAR PETALING JAYA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Adakah infrastruktur (paip air, bekalan elektrik, saliran, pembetungan, jalan raya, ruang tanah) di bandar Petaling Jaya mencukupi untuk menampung pembangunan baru dan pembangunan pesat?
-
Adakah pihak kerajaan negeri akan menaikkan taraf infrastruktur dan kemudahan awam di bandar Petaling Jaya?
-
Bagaimanakah pihak kerajaan negeri akan melakukan penaikan taraf infrastruktur dan kemudahan awam di bandar Petaling Jaya dan berapa banyak (RM), secara terperinci, yang telah diperuntukkan untuk kerja-kerja naik taraf bagi tahun 2009, 2010 dan 2011?