Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

101) TANAH

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah geran-geran tanah persendirian ( bukan tujuan komersil ) yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sejak 2 tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat yang lalu?

  2. Apakah kriteria yang layak dipertimbangkan bagi kelulusan geran-geran tersebut?

102) PEPERIKSAAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut


  1. Apakah inisiatif untuk memastikan negeri Selangor menjadi terbaik berbanding negeri-negeri lain dalam peperiksaan PMR / SPM?

  2. Adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan program tuisyen percuma yang dapat membantu pelajar menghadapi peperiksaan terutamanya di kawasan luar bandar?

  3. Berapakah jumlah peruntukan yang terlibat?

103) PUSAT HIBURAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Apakah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serius menguatkuasakan pewujudan zon-zon pusat hiburan di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan pulangan ekonomi yang dinikmati hasil kewujudan pusat-pusat hiburan sedia ada?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan jumlah pelancong asing yang berkunjung ke premis-premis hiburan mengikut PBT dan adakah kerajaan negeri bersetuju bahawa kewujudan premis hiburan didalangi oleh kumpulan kongsi gelap (underworld)?

    Klik jawapan »

104) SUNGAI KLANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan dan tempoh yang diperlukan untuk memulihkan Sungai Klang?

  2. Berapakah nilai pelaburan yang telah diperoleh setakat ini?

  3. Adakah Kerajaan Negeri bersetuju tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan projek ini sukar dilaksanakan?

105) CERUN TANAH RUNTUH DI KM12 JALAN RAWANG – SELAYANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah punca yang menyebabkan insiden keruntuhan cerun tanah di KM12 Jalan Rawang ke Selayang pada 2hb November 2009?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah pihak bertanggungjawab yang menyebabkan keruntuhan cerun tanah ini dan apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan negeri bagi memastikan kestabilan cerun tanah tersebut dan kawasan yang berdekatan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan insiden cerun tanah runtuh khasnya pada musim-musim hujan?

    Klik jawapan »

106) PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah maklum balas dan respons Suruhanjaya Pilihan raya terhadap permohonan Kerajaan Negeri Selangor agar dikaji dan dilaksanakan pilihan raya peringkat Ahli Majlis?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri yang baru ini mempunyai alternatif atau cara lain bagi membolehkan pilihan raya PBT dijayakan?

    Klik jawapan »

107) PUSAT SENI DAN BUDAYA SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Di manakah lokasi-lokasi yang akan dijadikan Pusat Seni dan Budaya?

  2. Berapakah kos perbelanjaan yang diperlukan untuk Pusat Seni dan Budaya?

108) RUMAH RAKYAT SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyakkah projek-projek rumah terbengkalai yang dapat di tangani oleh kerajaan pakatan rakyat?

    Klik jawapan »

  2. Apakah status terkini kependudukan dan baik pulih (bumbung) perumahan di taman perumahan bukit sentosa sehingga UMNO beria-ia benar mahu menjadi juara rakyat di situ?

    Klik jawapan »

109) PENYELESAIAN MASALAH BANJIR DI SELAYANG BARU

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Selayang Baru adalah perkampungan lama yang kini mengalami pertumbuhan pesat dan menghadapi masalah densiti penduduk yang padat. Pembangunan yang tidak terancang ini telah memberi kesan buruk kepada sistem perparitan sedia ada sehingga menyebabkan berlakunya banjir kilat di sesetengah kawasan apabila berlakunya hujan lebat. Apakah perancangan pembangunan yang akan dilakukan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bagi menyelesaikan masalah banjir ini untuk jangka masa panjang?

    Klik jawapan »

  2. Adakah penyelesaian bagi masalah banjir yang telah lama dihadapi ini dimasukkan sebagai projek pembangunan khas dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)?

    Klik jawapan »

110) PENGANGKUTAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri telah menyediakan Pelan Pembangunan (Blueprint) untuk jaringan pengangkutan negeri yang cekap dan berkesan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah justifikasi manfaat jangka pendek dan jangka panjang perpindahan terminal pengangkutan Klang Sentral yang telah menyebabkan bantahan serta kontroversi?

    Klik jawapan »

  3. Berapa nilai pelaburan yang telah diperoleh untuk menaik taraf pengangkutan awam di Selangor?

    Klik jawapan »