Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

17) PENERBITAN JEJAK ILMUWAN SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Usaha untuk merakyatkan ilmu dan ilmuwan telah dilaksanakan antara lain dengan menerbitkan majalah Jejak Ilmuwan Selangor. Apakah matlamat dan sasaran penerbitan Jejak Ilmuwan Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah yang menjadi sasaran Jejak Ilmuwan Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah hubungan penerbitan Jejak Ilmuwan Selangor dengan program SPIES yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

18) DEMAM DENGGI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kes demam denggi yang telah dilaporkan dan berapakah kes yang membawa maut akibat demam denggi dari bulan Oktober 2009 hingga Februari 2010 di seluruh negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan ÔHot SpotÕ demam denggi di Negeri Selangor

    Klik jawapan »

19) HASIL BATUAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Selain hasil pasir biasa dan pasir sungai, negeri Selangor juga ada hasil seperti batu granit, batu kapur dan tanah merah. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mewujudkan syarikat lain yang akan menguruskan hasil-hasil batuan ini?

    Klik jawapan »

  2. Sampai bilakah sumber hasil batuan di Selangor dapat bertahan?

    Klik jawapan »

20) KEMISKINAN BANDAR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri ada bercadang untuk mewujudkan skim mikro kredit untuk membantu golongan miskin berniaga. Apakah status pelaksanaan cadangan tersebut ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah ada program lain yang boleh membantu golongan miskin Bandar di Selangor?

    Klik jawapan »

21) AKTIVITI KEDAI MESIN JUDI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Kegiatan mesin judi makin berleluasa di Pelabuhan Klang. Mengapakah pihak PBT tidak mengambil tindakan bagi mengatasi masalah begini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah pihak PBT sudah dibeli supaya tidak mengenakan tindakan ke atas pengusaha kedai mesin judi?

    Klik jawapan »

22) BELIA DAN PERANAN ANAK MUDA

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah inisiatif kerajaan negeri di dalam melibatkan peranan anak muda di dalam proses membuat polisi dan dasar kerajaan?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan kesedaran sivik generasi muda di dalam membawa perubahan kepada masyarakat?

    Klik jawapan »

23) KOMUNITI BERPAGAR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah status garis panduan baru yang akan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk konsep komuniti berpagar?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah garis panduan Kerajaan Negeri akan diselaraskan dengan garis panduan yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah anggaran komuniti berpagar (sama ada dengan atau tanpa kebenaran) yang sedang beroperasi di semua kawasan PBT Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

24) CEGAH MAKSIAT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Beberapa bulan yang lalu, YB DatoÕ Dr. Hassan Ali telah mengisytiharkan peranan pegawai-pegawai masjid di Selangor yang akan diperkasakan melalui autoriti yang diberikan oleh JAIS untuk mencegah kemungkaran di Qariyah masing-masing. Sejauh manakah peranan ini telah dimainkan oleh pegawai terbabit dan keberkesanan kepada arahan terbaru ini?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah tangkapan yang telah dilakukan?

    Klik jawapan »

  3. Minta diberikan pecahan jumlah tangkapan mengikut daerah dalam negeri Selangor?

    Klik jawapan »

25) KEJAYAAN PROGRAM HARI TANPA PLASTIK

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Setakat ini adakah program ini berjaya dan memberi kesedaran kepada masyarakat atau memberi keuntungan kepada pasar raya hasil jualan beg plastik?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi memberi kesedaran penggunaan bahan plastik dan alam sekitar kepada rakyat secara menyeluruh?

    Klik jawapan »

26) H1N1

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan statistik pesakit positif H1N1 dan gejala menyerupai H1N1 di Selangor?

  2. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil kerajaan negeri untuk membendung gejala H1N1?