Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

181) HYWIN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terbaru tentang pelaksanaan jaringan internet HyWIN di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah sasaran kerajaan untuk mempopularkan penggunaan jaringan internet broadband di kawasan desa?

    Klik jawapan »

182) MASJID SEBAGAI PUSAT TRANSFORMASI MASYARAKAT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah pencapaian masjid-masjid di Selangor setelah berlakunya proses pemilihan AJK masjid mengikut enakmen yang tidak pernah di amalkan selama ini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah hasrat untuk menjadikan masjid sebagai pusat transformasi masyarakat menampakkan tanda-tanda kejayaan?

    Klik jawapan »

183) PUSAT KEBUDAYAAN CINA

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Di mana letaknya lokasi Pusat Kebudayaan Cina Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah Pusat Kebudayaan Cina dapat dilaksanakan dan disiapkan?

    Klik jawapan »

  3. Berapa anggaran perbelanjaan untuk projek ini?

    Klik jawapan »

184) MASALAH TEKANAN AIR RENDAH

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Masalah tekanan air rendah kerap berlaku di Kampung Sungai Tekali dan Kampung Sungai Makau, Hulu Langat. Apakah punca yang menjadikan tekanan air ini rendah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

185) PEMBANGUNAN PEKAN PELABUHAN KLANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan terhadap pembangunan pekan Pelabuhan Klang. Contoh: 1) Perhentian Bas Pelabuhan Klang 2) Jika dibandingkan 10 tahun dahulu pekan Pelabuhan Klang merupakan satu tempat yang meriah. Kini, suasana selepas jam 9 malam telah berubah sehingga ada yang menggelarkannya sebagai ÒPekan Tanjung BalaiÓ. Di manakah silapnya?

    Klik jawapan »

186) TUISYEN PERCUMA

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Program Tuisyen Rakyat Negeri Selangor telah pun masuk tahun kedua dan keputusan Peperiksaan SPM 2009 telah diumumkan. Apakah tuisyen ini berkesan kepada peningkatan kemajuan pelajar-pelajar ?

  2. Apakah tawaran-tawaran yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan kemajuan cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi?

    Klik jawapan »

  3. Apakah pula yang boleh ditawarkan kepada mereka yang tidak mendapat tempat ke IPT supaya mereka tidak terjebak dengan gejala yang tidak bermoral?

187) PROJEK KUALA LUMPUR-KUALA SELANGOR EXPRESSWAY

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Berapa batang pokok dan spesies pokok apakah yang ditebang di Taman Rimba Templer bagi membina Kuala Lumpur-Kuala Selangor Expressway?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi memastikan keseimbangan ekosistem di hutan tersebut terjaga setelah sebahagian pokok ditebang?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah pampasan yang dibayar kepada kerajaan negeri untuk pokok-pokok yang telah ditebang dan siapakah pihak yang membayarkan pampasan tersebut?

    Klik jawapan »

188) ASET MILIK YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah aset milik Yayasan Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menjual, menyewa jangka panjang atau mengambil alih pengurusan bangunan-bangunan milik Yayasan Selangor ini?

    Klik jawapan »

189) MASALAH GEJALA SOSIAL

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramaikah bilangan anak-anak tidak setaraf ( anak luar nikah ) yang telah didaftarkan di Negeri Selangor dari tahun 2000 sehingga tahun 2008 dan apakah peratus pecahannya mengikut bangsa atau kaum ?

  2. Apakah Kerajaan Negeri Selangor membuat kajian tentang punca-punca yang mendorong ke arah perlakuan zina yang menjijikkan ini?

  3. Apakah langkah-langkah pencegahan yang telah diambil dan bakal diambil untuk mencegah gejala zina atau bersekedudukan secara tidak sah ini dari terus menular di kalangan masyarakat?

190) MASALAH PEMBUANGAN SAMPAH HARAM

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah pembuangan sampah haram di sepanjang Jalan Ampang- Hulu Langat, Jalan Sungai Tekali-Empangan Semenyih dan Jalan Hulu Langat-Kuala Kelawang?

    Klik jawapan »