Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

211) AKHBAR SELANGORKINI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Bilakah Selangorkini akan diterbitkan di dalam bahasa Cina dan Tamil kerana kaum Cina dan India kurang faham Bahasa Malaysia mereka juga ingin mengetahui perkembangan dan kemajuan Negeri Selangor

  2. Apakah rancangan penerbit Selangorkini supaya lebih menarik dan berinformasi?

212) PINJAMAN MIKROKREDIT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan anggota-anggota yang menyertai Jawatankuasa Pinjaman Mikrokredit yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Selangor dan berapakah jumlah wang yang diperuntukkan bagi memulakan program pinjaman mikrokredit ini?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah golongan sasaran yang layak mendapatkan pinjaman mikrokredit dan apakah syarat-syarat yang ditentukan bagi membolehkan mereka yang layak meminjam?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan mereka yang mendapat pinjaman dapat memanfaatkannya dengan sebaiknya dan seterusnya memulangkan wang yang telah dipinjam?

    Klik jawapan »

213) LANTIKAN CANSELOR UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah kriteria Kerajaan Negeri yang telah ditetapkan untuk dilantik sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel)?

    Klik jawapan »

214) MASALAH KEBAKARAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Jelaskan perkembangan terkini cara mengawal kebakaran di Johan Setia dan apakah tindakan yang telah diambil pada mereka yang terlibat ?

    Klik jawapan »

215) BAIKPULIH PERKHIDMATAN LIF DI FLAT KOS RENDAH

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan pengagihan peruntukan baik pulih perkhidmatan lif di flat kos rendah di seluruh Selangor

  2. Apakah prasyarat pengagihan tersebut?

216) PROJEK PERUMAHAN DI LUAR KAWASAN MAJLIS

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Sebahagian kawasan DUN Meru terutama Kg Bukit Kapar dahulunya adalah kawasan di luar kawasan Majlis Perbandaran Klang yang merupakan banyak pembinaan projek perumahan tidak mengikut standard undang-undang. Apakah bentuk bantuan kepada pembeli dan pemaju bagi menyelesaikan masalah dari segi mendapatkan sijil CF dan kemudahan PBT?

217) PEMANTAUAN KEGUNAAN TANAH DI SETIAP PEJABAT DAERAH

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Apakah sistem pemantauan tanah yang ada sekarang di setiap pejabat Daerah

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah Ahli Dewan Negeri setempat tidak dibenarkan untuk menjadi ahli jawatankuasa untuk menentukan kegunaan tanah di kawasan masing-masing?

    Klik jawapan »

  3. Mengapakah Ahli Dewan Negeri sejak pilihan raya tahun 2008 tidak dimaklumkan sekiranya tanah di kawasan mereka sudah dijual, dipajak atau disewa?

    Klik jawapan »

218) NAMA-NAMA JALAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Apakah nama-nama jalan dan jalan raya di seluruh Negeri Selangor yang menggunakan nama-nama tokoh politik dan siapakah tokoh-tokoh politik tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menamakan lebih banyak lagi jalan-jalan dan jalan raya menggunakan nama tokoh-tokoh politik pada masa hadapan dan siapakah yang menjadi pilihan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kriteria-kriteria yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Selangor di dalam pemilihan nama-nama tokoh politik yang bakal diabadikan sebagai nama-nama jalan dan jalan raya di dalam Negeri Selangor ini kelak?

    Klik jawapan »

219) SELANGOR KINI DAN TV SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri menghadapi `Akhbar Hantu` yang memburukkan pimpinan dan Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah keberkesanan akhbar `Selangor Kini` di dalam menyebarkan maklumat dan menentang dakyah yang disebarkan oleh Akhbar Hantu?

    Klik jawapan »

  3. Sejauh manakah Selangor TV dapat menyebarkan maklumat kepada orang ramai?

    Klik jawapan »

220) KEMPEN HARI TANPA BEG PLASTIK

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah matlamat dan sasaran yang hendak dicapai dengan pelancaran kempen ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi mengurangkan penggunaan bahanbahan plastik termasuk beg plastik di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Berapa banyakkah belanja yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk menjayakan kempen ini?

    Klik jawapan »