Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

251) HUTANG TALAM CORPORATION

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah hutang yang telah di bayar oleh Talam Corporation dan apakah bakinya mampu diselesaikan?

  2. Nyatakan dengan terperinci pembahagian hasil daripada pembayaran tersebut yang dicadangkan untuk menjadi dana usahawan?

252) BANGUNAN KERAJAAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah bangunan serta rumah milik kerajaan negeri dan PBT-PBT di seluruh negeri, apakah jenis dan belanja penyelenggaraannya bagi tahun 2009?

    Klik jawapan »

253) MASALAH JALANRAYA

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan secara terperinci tindakan yang telah diambil bagi menyelesaikan masalah jalan mendap di Jalan Kampung Johan Setia ? Bilakah akan dibaiki dan berapakah kos pembaikannya?

    Klik jawapan »

  2. Kenapakah pemaju tidak dipertanggungjawabkan membaikinya kerana jalan itu mendap semasa sedang dan selepas dibina beberapa bulan. Apakah rasionalnya?

    Klik jawapan »

254) MASALAH SAMPAH

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan dan strategi kerajaan untuk menangani masalah sampah yang semakin serius di Selangor?

  2. Apakah kelemahan-kelemahan dan masalah yang sedang dihadapi kerajaan dan berikan huraian terhadapnya?

255) RUMAH KERAJAAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri melalui anak syarikat telah berusaha untuk memasarkan Rumah EXCO untuk tujuan penginapan golongan VIP dan pelancongan. Apakah prestasi penyewaan Rumah EXCO dan berapakah keuntungan yang telah diperoleh berbanding kos penyelenggaraan bagi tahun 2009?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kerajaan negeri berhasrat untuk menjual atau menyewakan rumah EXCO dan bangunan-bangunan kerajaan yang lain untuk menambah hasil negeri?

    Klik jawapan »