Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

161) TANAH DI JETI 7A

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Apakah keputusan kerajaan Negeri Selangor tentang pengambilan tanah di jeti 7A untuk dijadikan jeti kekal penduduk di Sg. Lima dan Pulau Ketam ?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah projek ini dapat dilaksanakan dan berapa kos untuk projek ini ?

    Klik jawapan »

  3. Berapa jumlah pampasan untuk tujuan pengambilan tanah ?

    Klik jawapan »

162) SKIM MESRA USIA EMAS

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Berapa peratus bilangan waris peserta yang masih tidak menerima pembayaran wang ihsan khususnya di DUN Pelabuhan Klang?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah kelewatan masih berlaku walaupun skim ini telah berusia 2 tahun dan apakah terdapat prosedur selain dokumen yang dilampirkan di dalam borang pendaftaran?

    Klik jawapan »

  3. Dari manakah Kerajaan Negeri Selangor mendapatkan wang peruntukan untuk menyalurkan pembayaran wang SMUE kepada penduduk yang berdaftar dan berapakah jumlah perbelanjaan setakat ini yang telah dibayar kepada semua peserta skim yang telah direkodkan oleh agensi?

    Klik jawapan »

163) BANTUAN KEWANGAN KEPADA MASJID DAN SURAU DUN MERU

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah bantuan yang telah dikeluarkan kepada surau dan masjid di DUN Meru?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan bentuk bantuan mengikut setiap surau dan masjid di DUN Meru?

    Klik jawapan »

  3. Apakah bantuan yang sesuai yang boleh diberikan kepada surau dan masjid yang tidak mempunyai kewangan yang baik dan kukuh?

    Klik jawapan »

164) SKIM BIASISWA/PINJAMAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan Selangor memperuntukkan skim biasiswa/pinjaman istimewa Kerajaan tanpa dikenakan bunga. Sejauh manakah skim ini diketahui rakyat dan membuat pinjaman?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah yang ditawarkan dan berapa ramai yang mendapat faedah darinya?

    Klik jawapan »

  3. Sejauh manakah peminjam patuh membayar kembali pinjaman?

    Klik jawapan »

165) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI DAN PEMBANGUNAN SISTEM PENGANGKUTAN NEGERI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor terdiri dari enam pakej program di mana salah satunya adalah peningkatan serta pembangunan sistem pengangkutan: Apakah perancangan bersepadu yang telah diwujudkan oleh kerajaan?

  2. Berapakah kos dan pelaburan yang diunjurkan oleh kerajaan untuk melaksanakannya?

  3. Apakah bentuk-bentuk sinergi ekonomi yang dicapai melalui pembangunan ini dengan lima lagi program dalam Pakej Rangsangan?

166) KEMUDAHAN MIKRO KREDIT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan bilakah pihak Kerajaan Negeri akan melaksanakan kemudahan mikro kredit bagi membantu golongan berpendapatan rendah menjalankan perniagaan mereka?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah matlamat utama pelaksanaan kemudahan tersebut dan apakah kesan kepada kegiatan ekonomi Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Sila huraikan butiran terperinci tentang apakah kriteria yang bakal dikenakan kepada mereka yang layak meminjam dan bagaimanakah kaedah pembayaran balik?

    Klik jawapan »

167) KADAR DENDA CUKAI TAKSIRAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. PBT meningkatkan kadar denda sebanyak 5 kali ganda ke atas pembayar cukai taksiran yang lewat membuat pembayaran. Adakah kenaikan kadar denda lewat cukai taksiran tahunan dapat membantu kewangan kerajaan dan berapa kutipan denda lewat bagi tahun 2009 ?

  2. Adakah benar syarikat gergasi dapat menikmati potongan istimewa ?

168) TANAMAN KELAPA

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor sedar terdapat banyak kawasan pekebun kecil tanaman kelapa yang telah tua dan tidak produktif lagi ?

    Klik jawapan »

  2. Jika sedar berapakah keluasan kawasan terlibat. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk memulihkan semula tanaman kelapa yang dimiliki oleh pekebunpekebun kecil tersebut ?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah peruntukan pembangunan yang disediakan dalam tahun 2010 kepada sektor pekebun kecil tanaman kelapa di Selangor. Sila senaraikan pembahagian peruntukan tersebut mengikut daerah-daerah dan keluasan tanaman yang terlibat

    Klik jawapan »

170) PROGRAM JOM MENGUNDI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan apakah matlamat utama program ini diadakan dan bagaimanakah sambutan orang ramai terhadap program tersebut?

  2. Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan untuk program jom mengundi sepanjang tahun 2009 dan anggaran peruntukan bagi tahun 2010?

  3. Sila senaraikan butiran terperinci kesemua perbelanjaan untuk program jom mengundi termasuk elaun petugas dan pegawai sepanjang tahun 2009?