Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

91) EKONOMI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan butiran terperinci tentang pelaburan terus asing FDI ( Foreign Direct Investment ) ke Negeri Selangor pada sepanjang tahun 2008 dan 2009 ?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan jumlah perbandingan di antara negeri-negeri mengenai prestasi kemasukan FDI ke Negeri masing-masing sejak 2008 dan 2009 ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang lebih proaktif dan bakal dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menarik lebih ramai pelabur FDI datang melabur ke Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

92) KESIHATAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Di fahamkan ada juga penyakit yang dibawa oleh warga asing. Senaraikan penyakit-penyakit tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi atau mencegah penyakit-penyakit tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Sejauh manakah usaha kita dalam membanteras penyakit seperti Malaria, Batuk Kering, Kolera yang satu masa dulu dapat dibendung di Negara kita.

    Klik jawapan »

93) JAWATANKUASA OSC

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Sila berikan senarai nama ahli majlis Majlis Perbandaran Subang Jaya yang berada dalam Jawatankuasa OSC mengikut tahun dari tahun 2000 hingga 2008.

    Klik jawapan »

94) SELF-REGULATION PENJUALAN MINUMAN BERALKOHOL

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimanakah pelaksanaan Òself-regulationÓ dalam penjualan minumna-minuman beralkohol oleh pekedai-pekedai di Shah Alam? Adakah ianya berkesan dalam mengawal penyalahgunaan alkohol di kalanngan penduduk Shah Alam?

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyak kedai yang telah menyertai program Òself-regulationÓ ini?

    Klik jawapan »

95) PAPAN-PAPAN IKLAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Bilakah garis panduan baru akan diimplementasikan dan dikuatkuasakan dengan kesan penuh?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kerajaan negeri akan lakukan dengan tuduhan-tuduhan berbangkit mengenai amalan rasuah, disebabkan oleh peraturan-peraturan lemah antara kakitangan awam (PBT) dan ahli majlis?

    Klik jawapan »

  3. Adakah masih berlakunya pembangunan tanpa kebenaran papan-papan iklan haram di Petaling Jaya?

    Klik jawapan »

96) MASALAH ALAM SEKITAR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis


  1. Pencemaran alam sekitar di kawasan DUN Balakong kian meruncing tindakan Jabatan Alam Sekitar di PBT bagi memantau kualiti udara,sungai dan sampah-sarap di kawasan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Sungai merupakan satu sumber yang terpenting untuk manusia. Di Dun Balakong terdapat dua batang sungai yang penting, Sungai Langat dan Sungai Balak. Pihak kami mendapati kedua-dua sungai tersebut tidak diselenggarakan dengan sempurna dan akan menyebabkan sungai menjadi kotor. Apakah tahap penyelenggaraan sungai yang dijalankan sekarang memadai?

    Klik jawapan »

97) SISTEM MAKLUMAT REKOD JALAN RAYA MALAYSIA (MARRIS)

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jumlah peruntukan penyenggaraan tahunan jalan raya yang disediakan dalam geran Sistem Maklumat Rekod Jalan raya Malaysia (MARRIS) bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti jalan raya di negeri Selangor daripada tahun 2006-2010.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan jumlah peruntukan MARRIS kepada setiap JKR mengikut daerah dan PBT dalam tahun 2006-2010

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan penggunaan MARRIS oleh JKR Daerah Gombak pada tahun 2006-2010 bagi tujuan menaiktaraf dan menjaga keadaan jalan negeri

    Klik jawapan »

98) SISTEM PELUPUSAN SAMPAH

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menggunakan teknologi dan kaedahkaedah baru dalam sistem pelupusan sampah di Negeri Selangor yang prihatin terhadap alam sekitar berbanding dengan kaedah ÔlandfillÕ?

    Klik jawapan »

99) PEMBERIAN KERJA

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah syarikat yang telah mendapat kerja secara runding terus melalui Pegawai Kewangan Negeri dan jelaskan kriteria pemilihannya?

    Klik jawapan »

100) PENCEMARAN ASAP KILANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Berbagai aduan-aduan telah dibangkitkan oleh penduduk mengenai pencemaran asap dari kilang-kilang dalam Kawasan Meru dan Sementa Klang. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan terus membiarkan kilang tersebut beroperasi dengan mengeluarkan asap tebal yang mencemarkan kawasan di sekitar kawasan tersebut ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah dan tindakan tegas yang telah diambil untuk mengawal asap yang berkesan ?

    Klik jawapan »

  3. Sila senaraikan kilang-kilang yang mengeluarkan pencemaran asap tersebut dan juga tindakan penguatkuasaan seperti denda, tindakan mahkamah dan kawalan-kawalan diambil ke atas kilang-kilang tersebut sepanjang tahun 2009 sehingga sekarang

    Klik jawapan »