Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

111) MASJID-MASJID DI SELURUH SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Sila kemukakan butiran terperinci berapa buah Masjid di seluruh Selangor yang dalam peringkat perancangan dan bilakah ia akan dimulakan pembinaannya?

  2. Bagi memastikan pembinaan masjid ini lama ditangguhkan apakah langkah Kerajaan Negeri bagi menyegerakan pembinaannya yang telah pun mempunyai tanah untuk didirikan?

  3. Berapakah anggaran peruntukan terendah dan tertinggi yang dapat disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi kos membaik pulih serta kos penyelenggaraan bagi sesuatu masjid?

112) PELABURAN NEGARA ASING

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Memandangkan Negara kita sedang menghadapi krisis kewangan dunia, apakah langkah-langkah spesifik Kerajaan Negeri untuk menarik pelaburan asing ke negeri ini?

  2. Apakah masalah-masalah yang dijangka bakal dialami sekiranya penarikan semula pelaburan asing berlaku

113) KEGAWATAN EKONOMI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramaikah pekerja-pekerja di negeri Selangor yang terpaksa di berhentikan akibat kegawatan ekonomi?

  2. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi membantu memulihkan keadaan yang berlaku sekarang ini?

  3. Apakah perancangan yang dilakukan terhadap pekerja asing dalam menangani kemelut ekonomi sekarang ini?

114) PUSAT PEMBUANGAN SAMPAH SUNGAI SEDU

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Mulut


  1. Bilakah jangkaan sebenarnya tempat pembuangan sampah ini ditutup?

  2. Apakah program pemulihan yang akan dijalankan ke atas "landfill" ini?

115) MASALAH KEBUN KERANG DAN WARGA ASING

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Sejak sekian lama, nelayan pesisir pantai yang berlesen khususnya di Sungai Buluh, Sg Sembilang dan sekitarnya untuk mengambil benih kering terpaksa berhadapan dengan kerenah dan saingan daripada nelayan-nelayan haram dari kalangan warga asing. Apakah tindakan-tindakan yang sudah diambil oleh pihak-pihak yang berkaitan untuk menangani masalah ini?

  2. Sehingga kini berapakah jumlah warga asing yang sudah dikenakan tindakan dan nyatakan perinciannya?

  3. Nelayan pesisir pantai juga berhadapan saingan dengan nelayan laut dalam yang menggunakan pukat tunda di persisiran pantai. Apakah tindakan yang sudah diambil oleh pihak berwajib bagi mengatasi masalah yang sering berulang dan tiada penghujungnya lagi ini?

116) PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Apakah program-program pembangunan kawasan luar bandar yang dirancang oleh pihak Kerajaan Negeri?

  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan program-program pembangunan luar bandar yang dilaksanakan benar menguntungkan rakyat di situ?

  3. Bagaimanakah penyaluran bantuan program pembangunan luar bandar ini dilakukan oleh kerajaan pusat melalui kementeriannya?

117) BANJIR KILAT DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kes banjir kilat yang dilaporkan adalah disebabkan oleh infrastruktur yang tidak lengkap dan di manakah lokasi kes-kes yang berkenaan?

  2. Di manakah dan berapakah projek penyelenggaraan dan penambahan infrastruktur yang telah dijalankan sejak September 2008?

  3. Berapakah kos yang diperlukan untuk menyelenggarakan dan menambah infrastruktur, dan tempoh masa dijangka untuk menyelesaikan masalah banjir kilat.

118) KEMELESETAN DAN KEGAWATAN EKONOMI SEDUNIA (PENUTUPAN KILANG)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kilang perusahaan milik pelabur tempatan dan asing yang telah menutup operasi di Negeri Selangor kesan daripada kegawatan ekonomi sedunia?

  2. Berapakah jumlah pekerja yang telah diberhentikan oleh majikan masingmasing kesan daripada penutupan operasi kilang-kilang perusahaan di Negeri Selangor?

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan?

119) KAWASAN HUTAN SIMPAN RAJA MUSA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini tentang masalah pencerobohan Hutan Simpan Raja Musa bersebelahan dengan ladang Hopefull, Mukim Ulu Tengi

  2. Setakat ini, apakah bentuk tindakan yang dikenakan terhadap mereka yang menceroboh Hutan Simpan tersebut dan cara penyelesaian yang dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri

  3. Sila nyatakan keluasan keseluruhan rizab Hutan Simpan Raja Musa yang tidak boleh diterokai dan senaraikan kawasan yang dikenal pasti terdapat aktiviti pembalakan haram

120) RUMAH RETAK DI BUKIT MEWAH KAJANG

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Masalah rumah retak di Jalan 20 dan 21 Taman Bukit Mewah berlarutan bermula dengan sebuah rumah retak pada tahun 1998 dan kini melibatkan 58 Unit rumah di kedua-dua jalan tersebut. Pihak manakah yang perlu bertanggungjawab bagi membela nasib pemilikpemilik rumah retak berkenaan?

  2. Apakah tindakan yang diambil bagi menjamin keselamatan penghuni-penghuni rumah retak.

  3. Adakah kerajaan memberi ganti rumah baru dengan kos yang meringankan beban mereka.