Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

121) KOS PENYELENGGARAAN RUMAH-RUMAH EXCO

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kos penyelenggaraan rumah-rumah EXCO dari tarikh pembinaan sehingga sekarang.

122) PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA MASJID SELURUH SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut


  1. Apakah kriteria yang digunakan di dalam sistem pemilihan Ahli Jawatankuasa masjid seluruh Selangor ?

123) KESAN KELEMBAPAN EKONOMI KEPADA USAHAWAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Dalam membantu keadaan ekonomi yang lembap pada ketika ini, apakah tindakan yang telah diambil bagi membantu usahawan-usahawan sedia ada?

  2. Berapakah ramaikah usahawan yang telah dikenal pasti terpaksa menutup perniagaan mereka khususnya usahawan di dalam kategori mikro dan kecil?

  3. Terdapatkah bantuan-bantuan perniagaan yang baru diwujudkan oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah ini?

124) PERNIAGAAN DI RUMAH

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah yang akan diambil oleh semua PBT untuk membantu rakyat menangani masalah kemerosotan ekonomi?

  2. Adakah PBT menyokong pemberian lesen kepada rakyat yang ingin menjalankan perniagaan di rumah untuk menjimatkan kos? Jika tidak, nyatakan sebabnya.

125) BAJET GENDER

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha pihak Kerajaan Negeri untuk memberi kesedaran kepada para EXCO dan pegawai kerajaan yang di peringkat pembuat dasar, terhadap kebaikan dan keperluan kepada bajet gender?

  2. Bilakah dapat dilaksanakan Bajet Gender ini?

  3. Adakah perkhidmatan yang diberikan setakat ini mengambil kira keperluan dan kecenderungan serta halangan yang dihadapi oleh wanita, lelaki, budak lelaki dan perempuan dan juga kumpulan yang terpinggir secara objektif?

126) PENGURUSAN AGAMA-AGAMA SELAIN ISLAM

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan kerajaan dalam melancar serta menyelaraskan pengurusan dan pentadbiran agama-agama selain Islam di negeri Selangor?

  2. Apakah rancangan dan kaedah-kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk menambah peruntukan kewangan dalam membangunkan mahupun membaik pulih bangunan keagamaan bukan Islam di seluruh negeri Selangor?

  3. Apakah status pendudukan atau pemilikan tanah rumah-rumah ibadat selain agama Islam di kawasan Hulu Kelang?

127) PERUMAHAN (MASALAH PENEMPATAN SETINGGAN)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Masalah pemindahan setinggan di Bukit Botak, Selayang masih menjadi persoalan dan tanda tanya di kalangan penduduk yang terlibat. Apakah sebenarnya perancangan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah ini

  2. Bagaimana pula dengan pembayaran sewa bulanan yang dijanjikan tiap-tiap bulan tetapi diberhentikan serta merta pada bulan Disember 2008

  3. Apakah sebab projek perumahan di Bukit Botak tergendala serta terbengkalai sekian lama hingga tak dapat diselesaikan

128) KELEMBAPAN EKONOMI SEDUNIA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani masalah pengangguran?

  2. Apakah strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam konteks meningkatkan peluang pekerjaan?

  3. Apakah jenis langkah-langkah kerajaan negeri dalam membantu pihak pengilang supaya kilang mereka tidak tutup?

129) PENTERNAKAN DAN PENANAMAN UNTUK MASA CABARAN EKONOMI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut


  1. Dalam masa kemelut ekonomi dunia ini, bidang penternakan dan penanaman merupakan suatu penyelesaian untuk pengangguran lantaran penutupan kilang-kilang dan firma-firma kewangan. Kerajaan Selangor patut menggalakkan ramai lagi usahawan agro. Apakah pelan tindakan baru untuk berdepan suasana ekonomi lembap?

  2. Apakah sasarannya (targets) untuk mencapai objektif pelan baru itu?

130) PENGGUNAAN TANAH DI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah penggunaan tanah dan peratusan mengikut jenis penggunaan di Selangor

  2. Apakah yang dipanggil tanah TOL dan syarat-syarat serta prosedur meluluskan penyewaan tapak-tapak tersebut?

  3. Penjualan tanah kerajaan yang dibuat oleh kerajaan yang lalu adakah mengikut syarat dan dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri? Huraikan