Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

131) PENCAHAYAAN KAWASAN PADA WAKTU MALAM DI MPAJ

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Daripada lapan Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran, MPAJ mencatatkan perbelanjaan pencahayaan kawasan pada waktu malam yang paling rendah, iaitu RM979,816.80. Semua majlis yang lain mencatat perbelanjaan melebihi RM1.35 juta. Bukankah ini menjadi tanda aras bahawa pencahayaan dan penyenggaraan di kawasan-kawasan dalam MPAJ berada di bawah standard pencahayaan dan penyenggaraan yang dikehendaki?

  2. Apakah langkah-langkah yang akan dilakukan oleh MPAJ memberi perkhidmatan pencahayaan yang setanding dengan majlis-majlis yang lain?

  3. Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi kelemahan MPAJ dalam pengurusan pencahayaan kawasan di waktu malam?

132) MASALAH PENGANGGURAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah pekerja yang telah diberhentikan dalam sektor industri di Selangor dan apakah langkah Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah pengangguran?

133) SEKTOR SUKAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Perkembangan Sukan Perahu Layar telah mendapat perhatian sejak kebelakangan ini dan Malaysia telah menjadi terkenal di dalam menghasilkan juara dunia. Kebanyakan juara-juara ini dilahirkan di Batu Laut. Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri di dalam melahirkan bakal-bakal juara di dalam industri ini?

134) STATUS DAN HAKMILIK TANAH BAGI BANGUNAN KUIL-KUIL HINDU

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor masih belum memberikan hakmilikhakmilik Tanah yang kekal kepada semua Kuil-Kuil Hindu di dalam Negeri Selangor ini?

  2. Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor masih belum menggerakkan kakitangannya untuk turun padang dan mendaftarkan semua Kuil-Kuil Hindu di seluruh Negeri Selangor?

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan memberi pampasan serta penempatan baru bagi Kuil-Kuil Hindu yang telah dirobohkan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah dahulu?

135) KEMELESETAN EKONOMI DAN KEBAJIKAN RAKYAT SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah senario ini turut menjejaskan minat pelabur tempatan dan luar negeri dalam usaha Kerajaan Negeri menarik minat para pelabur di negeri Selangor

  2. Satu jawatankuasa tindakan masalah pemberhentian pekerja telah diumumkan penubuhannya oleh Kerajaan Negeri baru-baru ini. Sila nyatakan sejauh mana keberkesanan jawatankuasa tersebut dalam usaha Kerajaan Negeri membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan.

  3. Dalam usaha Kerajaan Negeri Selangor memelihara kebajikan rakyat, apakah tindakan ekonomi menerusi program agenda merakyatkan ekonomi Selangor dalam menghadapi krisis ekonomi global.

136) REFORMASI PENGURUSAN TANAH SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Apakah reformasi pengurusan tanah yang telah dan akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan dan pengurusan tanah lebih efisien dan berdaya saing

  2. Apakah masalah utama yang dikenal pasti dalam pengurusan dan pembangunan tanah di negeri Selangor?

137) PERKHIDMATAN BEKALAN AIR NEGERI SELANGOR OLEH SYABA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Sepanjang pentadbiran kerajaan baru di negeri Selangor berlaku 2 kali gangguan putus bekalan air di kawasan Kuala Langat dan yang terlibat di daerahdaerah lain yang amat kritikal dengan tidak memberi notis yang cukup oleh pihak bertanggungjawab. Adakah kerajaan sedar perkara ini berlaku 2 kali dalam jangka waktu tidak sampai setahun?

  2. Apakah penambahbaikan yang dilaksanakan untuk meningkatkan perkhidmatan bekalan air ini supaya tidak kerap berulang?

  3. Mengapa pihak Syabas gagal memberi notis awal contohnya kejadian yang berlaku khasnya di Kuala Langat pada 14 Februari 2009 yang lalu?

138) PENCEROBOHAN HUTAN SIMPAN BUKIT PUTIH OLEH PENDAKI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap permasalahan yang berterusan ini?

  2. Pendaki-pendaki didapati menggunakan laluan daripada taman-taman persekitaran seperti Taman Cheras Awana untuk ke tempat pendakian dan meletak kereta di kawasan perumahan yang mengganggu penduduk. Apakah tindakan PBT dalam mengatasi masalah halangan lalu lintas yang menyusahkan penduduk untuk keluar masuk kawasan perumahan mereka?

139) PENGAMBILAN BALIK KUALA LUMPUR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah pulangan yang dijanjikan diberi kepada Kerajaan Selangor apabila Kuala Lumpur diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 1974?

  2. Adakah kerajaan Selangor mempunyai rancangan untuk mengambil alih Kuala Lumpur memandangkan Kerajaan Persekutuan sudah mempunyai Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan?

140) ISU BERKAITAN TEMPAT IBADAT

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyakkah tempat ibadat mengikut pecahan agama Buddha, Hindu dan Kristian yang didirikan secara tidak sah di atas tanah milik kerajaan ?

  2. Sebutkan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah rumah ibadat yang didirikan tanpa kebenaran ini

  3. Berapa banyakkah rumah ibadat Hindu yang telah dirobohkan pada tahun 2006, 2007 dan 2008 ?